Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 17, 2012

KKD MENGHIDUPI PESTA SANTA PERAWAN MARIA DIANGKAT KE-SYURGA

Lorna Lasay Rosalia
Lahad Datu
Patung Santa Perawan Maria dari Lourdes.  

Lahad Datu. 15 Ogos 2012. Komuniti Kristian Dasar (KKD) St. Dominic Lahad Datu telah mengadakan penghormatan kepada Maria ibu Kristus sempena Pesta S.P. Maria diangkat ke syurga dengan mengadakan doa rosari dan Misakudus. Peristiwa ini adalah merupakan salah satu iman Katolik yang percaya bahawa Maria ditinggikan oleh Tuhan berdasarkan dalam kutipan Katekismus tentang S.P. Maria; "...sesudah menyelesaikan perjalanan hidupnya di dunia, telah diangkat memasuki kemuliaan di sorga beserta badan dan jiwanya."

 
Malaikat kanak-kanak sedang melayani

Kehadiran umat Katolik tahun ini lebih ramai dari tahun sebelumnya terutamanya kehadiran yang menggalakan dari komuniti-komuniti. Mereka telah memberi sahutan yang penuh pada setiap misteri. Rosari telah dimulakan di Grotto yang dipimpin oleh Sr. Florence Jidang fsic. Diselang-selikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 
Selepas berdoa rosari, patung Bunda Maria diarak ke dalam bangunan gereja. Didahului oleh pelayan altar, wakil KKD yang bergilir-gilir mengangkat Patung tersebut, diikuti dengan para malaikat kanak-kanak, petugas liturgi, Pelayan Komuni dan Paderi. 
Sebaik sampai di altar upacara memahkotai Maria pun yang dilakukan oleh seorang ratu kanak-kanak yang telah dipilih sambil koir dan umat menyanyikan lagu ‘Bring Flowers to the Fairest’ dan disusuli oleh 18 orang malaikat kanak-kanak yang membawa bunga untuk dipersembahkan di hadapan patung B.Maria. 
Ratu Kanak-kanak sedang mempersembahkan bunga.
Bacaan dari Alkitab semasa liturgi sabda adalah Bacaan I: Kitab Wahyu 11:19a, 12:1-6a, 10ab. Bacaan II: 1 Korintus 15: 20-26. Bacaan INJIL Lukas 1: 39-56.

Kanak-kanak sedang menerima makanan ringan dalam bungkusan yang telah didermakan oleh setiap KKD.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent