Lahad Datu : Komiti Liturgi Gereja St. Dominic, Lahad Datu telah mengadakan sesi susulan bagi para pewarta, pemazmur dan komentator pada 29hb Julai yang lalu dari 2.00 ptg hingga 5.00 ptg. Seramai 90 orang ahli telah menghadiri pertemuan tersebut.
|
Seminarian Marthin |
Tujuan utama pertemuan susulan ini diadakan adalah untuk melantik Sub-Komiti Komuniti Lektor untuk Gereja St. Dominic, Lahad Datu. Seramai 13 orang ahli telah dipilih dari ketiga-tiga pelayanan pewarta, pemazmur dan komentator. Pertemuan itu telah dikendalikan oleh Seminarian Marthin Steven dan Sdra. Yakobus Palea, salah satu dari ahli Komiti Litugi. Beliau telah memberi sedikit penerangan tentang sikap dan tata gerak serta contoh pakaian yang sesuai bagi seorang Lektor.
Sebelum pelantikan tersebut, Seminarian Marthin telah mengimbas kembali beberapa perkara yang penting tentang peranan sebagai seorang Lektor yang telah diterangkan dan dikongsikan oleh Fr. Simon Kontou, rektor Gereja St Dominic, di rekoleksi yang telah diadakan pada 18hb Mac yang lalu. Semasa rekoleksi itu, Fr. Simon telah mencadangkan agar menubuhkan sub-komiti Komuniti Lektor bagi tujuan agar sub-komiti ini dapat membimbing dan melatih para ahli lektor dan agar mereka lebih memahami akan pelayanan mereka sebagai seorang Lektor.
No comments:
Post a Comment