oleh Victoria Salati
PAROKI ST. MARTIN TELUPID menjadi tuan rumah bagi Sambutan Ulang Tahun Ke-11 Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan
Sandakan 2019 pada 14 dan 15 September 2019 yang bertemakan “D 1st Mission”. Sambutan ini telah dihadiri seramai 200 peserta daripada 5 paroki dan 1 Misi.
Aktiviti pada
14 September 2019 dimulakan dengan mesyuarat AJP Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan
Sandakan bertempat di Bilik Mesyuarat Hotel Queen Alice. Misa Kudus diadakan pada jam 6.00 petang yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus dan dibantu oleh Rev. Fr. Phillip Muji.
Selepas Misa Kudus, semua peserta dan umat dijemput ke dewan untuk bersama-sama meraihkan sambutan ulang tahun yang diadakan di Dewan Paroki St. Martin, Telupid.
Majlis dimulakan
dengan ucapan oleh Pengerusi KWK Paroki St. Martin, Telupid yang juga merupakan Pengerusi
Pelaksana, Pn. Victoria Salati. Di samping mengalu-alukan kehadiran semua, beliau
juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis tersebut sama ada dalam bentuk kebendaan, kewangan atau tenaga. Di akhir ucapan, beliau memohon seribu
kemaafan atas segala kekurangan dan kepincangan sepanjang majlis tersebut dijalankan.
Ucapan
diteruskan oleh Pembimbing Rohani KWK Keuskupan Sandakan, Rev. Fr. Christopher Ireneus. Dalam
ucapannya, beliau mengupas sedikit maksud tema perayaan ulang tahun ke-11 KWK
tahun iaitu “D 1st Mission”. Misi pertama ialah "Memupuk penyertaan aktif dalam gereja dengan Ekaristi
sebagai sumber dan kemuncak kehidupan Kristiani".
Majlis diteruskan dengan pemotongan kek ulang tahun. Para jemputan yang dijemput naik ke pentas untuk pemotongan kek ialah: - Rev. Fr. Jasery – Paderi Paroki St. Martin
- Rev. Fr. Phillip Muji – Paderi Paroki OLoF
- Rev. Fr. Christopher Ireneus – Pembimbing Rohani KWKKS
- Mdm. Cecelia Polo D’Souza, Penyelaras KWKKS
- Sister Regina Kimung, Ahli Kehormat KWKKS
- Sister Sylvia Imbun, fsic
- Pn. Victoria Salati – Penyelaras KWK Paroki St. Martin, Telupid
- Pn. Helda Merusin – Penyelaras KWK Paroki OLoF, Beluran
- Pn. Felma Limos – Penyelaras KWK Paroki St. Dominic, Lahad Datu
- Pn. Suzie Paulus – Penyelaras Misi Paitan
- Pn Alesa Bontilao - Penolong Penyelaras KWK Paroki Holy Trinity, Tawau
Seterusnya, pertandingan koir yang disertai oleh KWK dari 6 paroki termasuk Misi
Paitan. Setiap kumpulan menyampaikan 2
buah lagu rohani.
Paroki St. Martin
Telupid telah menjuarai pertandingan tersebut.
Paroki Our Lady of Fatima tempat kedua
Paroki Katedral St. Mary Sandakan tempat ketiga
Sementera KWK
dari Paroki St. Dominic Lahad Datu, Misi Paitan dan Holy Trinity Tawau masing-masing ditempat
ke-4, 5 dan 6.
Kemuncak
perayaan tersebut adalah majlis Penganugerahan Khas KWK kepada beberapa orang
ahli KWK yang telah melayani di dalam komiti KWK selama 30 tahun sebagai
penghargaan atas pelayanan mereka.
Penerima
Anugerah Khas KWK yang telah melayani selama 30 tahun.
3 Ahli menerima Tokoh Wanita (Wanita/KWK Contoh)
No comments:
Post a Comment