Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 22, 2019

"COME AND SEE" ~ PERSAHABATAN SEMAKIN AKRAB DI PERTEMUAN YANG TERAKHIR


Sandakan - Pada 20 Oktober 2019 lalu, sekali lagi gabungan pelayanan PYA Sandakan dan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan 'turun padang' dalam lawatan pastoral ke Asrama Lelaki St Mary. Ini merupakan lawatan terakhir pada tahun ini sebelum pelajar - pelajar bercuti dan balik kampung serta beberapa orang pelajar akan menduduki peperiksaan SPM. Turut serta dalam lawatan pada kali ini adalah Seminarian Jescie Petrus.

Pertemuan dimulakan dengan Time of Life, yang kini, dipimpin oleh pelajar - pelajar Asrama Lelaki St Mary diikuti dengan doa pembukaan oleh Seminarian Jescie Petrus. Pembacaan Yohanes 1: 35 - 41 dibaca selepas doa dan diselitkan dengan perkongsian peribadi oleh Seminarian Jescie Petrus berdasarkan kepada petikan tadi dengan menumpukan ayat 'Marilah dan Lihatlah'.


Berjalan bersama dengan Belon

Caterpillar Traverse
Sejurus selepas doa, pelajar - pelajar Asrama Lelaki St Mary Sandakan, disajikan dengan games yang menarik dan mencabar. Dapat dilihat dari raut wajah, mereka sedang mengalami sukacita. Antara games di main adalah, Caterpillar Traverse, Maze dan berjalan bersama dengan belon. Bukan hanya setakat penghiburan, namun mereka berusaha untuk bekerja sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan setiap games. Dalam perkongsian singkat rata - rata menyatakan perasaan 'happy'.

Selesai sahaja games, saudari Anna, membawa para pelajar untuk mengimbas kembali setiap pertemuan sejak yang pertama sehingga ke-5. Setiap pertemuan mempunyai temanya masing - masing seperti berikut:

Pertemuan Pertama: Let's Hang Out - Tiada input hanya games kerana pertemuan pertama adalah penting bagi kedua - dua pihak dapat menerima antara satu dengan yang lain agar ruang persahabatan dapat dibina.

Pertemuan Kedua: I have a dream - Para pelajar diajak untuk berkongsi akan cita - cita mereka. Ini agar ada cerita yang boleh dimulakan dan para yang melayani dapat mengenali mereka lebih dekat lagi.

Pertemua Ketiga: I am Special - Para pelayan belia yang  melawat, dapat mengenali pelajar - pelajar ini lebih lagi melalui sesi I am Special. Sesi ini menjemput para pelajar, membuka satu lapisan tentang keperibadian mereka. Pada masa ini, pelajar lebih terbuka untuk berkongsi dan persahabatan menjadi lebih rapat.

Pertemuan Keempat: "J"- J bermaksud Jesus. Setelah mengenali serba sedikit mengenai diri sendiri, para pelajar, dalam lawatan ini diajak untuk mengenali Yesus yang penuh kasih. Dalam sesi ini, pelajar dibawa dalam satu aktiviti menggunakan tanah liat, membentuk secara simbolik siapakah Yesus itu bagi peribadi mereka.

Pertemuan Kelima: Sempena dengan peperikasaan sekolah, PT3 dan SPM, maka pelayan belia mengambil kesempatan yang berdoa bersama dengan para pelajar agar, mereka diberikan keyakinan dan ketenangan hati dalam menjawab soalan peperiksaan. Dalam pertemuan ini, para pelajar semakin rapat dan mudah untuk berkongsi antara sesama dan pelayan belia.

Setelah melalui semua pertemuan, maka dalam pertemuan yang ke-enam, para pelajar diajak untuk mendengarkan hati mereka dan menjemput mereka lebih mengenali Yesus dan panggilan. Dalam pertemuan ke 6 yang bertemakan 'Come and See', membawa mereka untuk mengimbas dan merenung pertemuan peribadi mereka dengan Yesus di setiap lawatan yang diadakan. Kemuncak bagi semua lawatan - lawatan ini akan diadakan pada bulan Januari tahun 2020. 




Selesai merenung dan berkongsi, para pelajar dibawa menonton satu video singkat bertajuk 'MOST'. Most merupakan bahasa Jerman yang bermaksud Jambatan (The Brige). Perkara utama yang ingin disampaikan dalam video singkat adalah kasih Allah yang besar kepada umat manusia sehingga sanggup membuat pengorbanan yang paling besar, iaitu mengutus anakNya Yesus turun ke dunia dan disalibkan agar semua dosa manusia diampuni dan semua dapat mengalami penyelamatan dan hidup yang kekal.

Pertemuan ke 6 'Come and See' ini diakhiri dengan sesi peneguhan antara sesama dan doa penutup oleh Sr. Rusiah Garuk, fsic. Pihak PYA Sandakan dan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan ingin merakam setinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran Asrama Lelaki St Mary, Sandakan dan terutama sekali Bro. Francis Xavier Gasper, sg dan staf saudara Ronald Aloysius di atas peluang yang diberikan untuk bersama dengan para pelajar dan turut bersama dalam melayani mereka.


Saudara Ronald Aloysius (Baju T berwarna Kuning) bersama dengan staf (tidak ada dalam gambar) yang telah berjalan bersama dengan para pelajar Asrama Lelaki St Mary, Sandakan

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent