Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 19, 2019

Seminar Sukacita Dalam Kasih Keluarga, Zon Nangoh

Disediakan Oleh : Vellyroy Alexius

Buat julung kalinya Program Sukacita Dalam Kasih Keluarga yang dianjurkan oleh Komisi Pelayanan Hidup Keluarga Keuskupan Sandakan bersama dengan Kementerian Pembangunan Masyarakat telah diadakan di Kapela St. Joseph Nangoh ( Katolik Zon Jalan Nangoh ) pada 21 - 22 September 2019. Program ini sangat menepati Visi dan Misi Keuskupan Sandakan iaitu memupuk NILAI-NILAI KEKELUARGAAN serta mendapat respon yang sangat baik daripada peserta.
Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibubapa serta anak-anak mengenai peranan masing-masing untuk saling menghargai dan mengeratkan hubungan dalam keluarga, menyemai sikap saling menyayangi dan menghormati nilai-nilai murni keluarga serta memupuk sikap berkomunikasi dengan lebih terbuka dan sikap percaya di dalam keluarga.
Pada hari pertama, pendaftaran peserta telah dibuka seawal jam 6.30 pagi. Seramai 149  peserta (tidak termasuk AJK) dari 7 Kapela iaitu:
St.Joseph Nangoh,
St.John Sinaputan,
St.Paul Rumidi, Pinunakan,
St.Peter Tolungan Pamol,
St.Paul Bambangan,
St.Mark Genting Sabapalm,
Holy Family Terusan, Sapi.
Program dimulakan dengan Pentakhtaan Alkitab dan sesi suaikenal. Rev. Fr. Jasery dalam katekisisnya berkata "Sukacita dan kasih adalah tanda-tanda sebuah keluarga yang Kristiani" dimana ini sangat bersesuaian dengan tema program ini.
Sesi 1 disampaikan oleh Puan Eva dengan tajuk "Kesan Media Sosial", katanya "bukan sahaja ketagihan gajet dilihat pada generasi muda, tetapi ia turut membabitkan orang dewasa apabila waktu bersama keluarga banyak dihabiskan dengan melayan telefon. Maka dengan itu, daya kawalan penggunaan teknologi komunikasi perlu ditingkatkan bagi mengelakkan keruntuhan institusi keluarga". Seterusnya, sesi disambung dengan tajuk "Penggunaan Bahan Berbahaya: Dadah, Alkohol dan Rokok" oleh En. Cesar Siruno. "Apabila seseorang dalam kemurungan atau kesepian memilih semua bahan yang berbahaya ini sebagai "selimut atau ubat", itu membuatkan anda menjadi lebih teruk".
Pn. Helena Salati pula, menyampaikan sesi berikutnya yang bertajuk Komunikasi dan Peranannya dalam Keluarga. Sesi ini menggalakkan para peserta untuk membuat cadangan bagaimana memperbaiki komunikasi dalam hubungan keluarga seterusnya dibentangkan semasa sesi bengkel.  Peserta dipisahkan mengikut kumpulan dan dibahagikan kepada 6 kategori iaitu kumpulan ibu, bapa, belia 18 tahun ke atas, remaja 16 – 17 tahun, 12 – 15 tahun dan 11 tahun ke bawah. Manakala untuk kanak-kanak mereka diberi aktiviti mewarna.
Sesi diteruskan dengan tajuk Cabaran Keluargaku Dalam dan Luar Negeri yang disampaikan oleh En Gabriel Bali. "Komunikasi adalah sangat penting untuk mengelak keraguan dan salah faham".
En. Gabriel Bali dalam sesinya
Manakala, sesi ke 5 yang bertajuk Keibubapaan Cemerlang disampaikan oleh En. Cesar dan Eva Siruno, "matlamat perkahwinan ialah membantu satu sama lain untuk menuju ke Syurga".
Pada hari kedua, program dimulakan dengan doa pagi dan sesi perdamaian di mana semua ahli keluarga saling berdamai dengan membawa lilin sebagai tanda cahaya dan harapan. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pn. Helena bersama dengan suaminya En. Lawrence.
Semua peserta program mengikuti Misa Kudus yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel pada jam 9.00 pagi. Di dalam homilinya, beliau berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan keluarga, Ekaristi dan Perjamuan Syurgawi. "Tujuan perkahwinan dan kekeluargaan berasal dari rencana Tuhan. Semasa Ekaristi kita sudah melalui Perjamuan Syurgawi tetapi peringkat terakhir ialah di Syurga bersama Anak Domba".
Rev. Fr. Jasery merayakan ulang tahun kepaderian yang ke-15
Setelah Misa Kudus selesai, program diteruskan dengan mengisi borang penilaian, jamuan tengahari dan sesi perkongsian daripada peserta. Program berakhir lebih kurang jam 3.00 petang dengan doa penutup.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent