oleh Susan Petrus
Sandakan – Journey of St. Mark’s and St. Peter’s Youth (J.O.M.P.Y) tahun 2019 telah diadakan di Kapela St. Fidelis, Kiabau, Telupid pada 16 September 2019. Anjuran Kerasulan belia Katolik St. Mark dan St. Peter kali keenam ini telah disertai seramai 37 orang dimana antaranya terdiri daripada pihak penganjur sendiri, Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Kerasulan belia Katolik St. Yohanes Pembaptis, Sakilan Desa serta para belia dari Kapela St. Fidelis Kiabau.
Program lawatan sekali dalam setahun ini dianjurkan bertujuan untuk mengenali, berkongsi dan membina hubungan perpaduan melalui persahabatan, menyegarkan serta memupuk semangat sukacita pelayanan diantara sesama belia dan mencapai visi dan misi Keuskupan Sandakan.
Program ini dimulakan dengan sesi suai kenal (ice-breaking) disusuli dengan sesi "Siapa Kami?" yang disampaikan oleh saudara Handrison Yosep selaku Pembantu Koordinator Kerasulan Belia St. Mark dan St. Peter. Dalam sesi ini, saudara Handrison telah mengongsikan sedikit maklumat mengenai program JOMPY serta menayangkan sebuah video pendek tentang perjalanan program ini bermula daripada musim pertama sehingga musim kelima. Selepas itu, sesi diteruskan dengan "Mengapa Kami di sini?" yang disampaikan oleh saudara Elias Kopong Doni. Beliau menjelaskan tentang Visi dan Misi Keuskupan Sandakan.
Sdra. Elias menyampaikan sesi beliau.
Selepas makan tengahari, aktiviti diteruskan lagi dengan lagu Pujian dan Penyembahan disusuli dengan aktiviti permainan yang diadakan di
dalam Kapela. Permainan ini melibatkan kerjasama pasukan. Setelah aktiviti permainan berakhir, para belia diberi waktu untuk mempersiapkan diri bagi menghadiri Misa Khas Hari Malaysia pada jam 3.30 petang.
Misa Khas ini diselebrankan oleh Rev. Fr.
Christopher Ireneus. Dalam homilinya, beliau mengatakan "kita mempunyai hak untuk bersuara, mempunyai hak apa sahaja
sebagai warga negara untuk menyatakan hak-hak kita yang sudah tertakluk di
dalam perjanjian perlembagaan. Kita sedar dan tahu di dalam peratusan jumlah,
agama kita adalah minoriti berbanding dengan agama lain. Tetapi itu tidak
menghalang kita untuk menyuarakan hak kita sebagai orang-orang Kristian untuk
memperjuangkan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Kita juga boleh mengunakan hak
kita untuk beribadat, dan bebas mengamalkan ajaran-ajaran kita. Beliau mengakhiri dengan menyeru
semua umat untuk menjiwai kemerdekaan bukan sahaja mempunyai pengetahuan tentang
hak tetapi sedar akan tanggungjawab terhadap pembangunan Negara.
Selepas Misa Kudus berakhir, acara diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai penghargaan. Seterusnya, semua umat dijemput ke perkarangan kapela untuk bersama-sama menyaksikan bendera Malaysia dan Sabah dinaikkan sambil menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Kemudian, disusuli sesi bergambar serta makan malam.
Selepas Misa Kudus berakhir, acara diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai penghargaan. Seterusnya, semua umat dijemput ke perkarangan kapela untuk bersama-sama menyaksikan bendera Malaysia dan Sabah dinaikkan sambil menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Kemudian, disusuli sesi bergambar serta makan malam.
No comments:
Post a Comment