Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 25, 2019

SYD 5 ~ 9 MONTHS TO GO!

Group Photo di Holy Rosary Limbahau
Papar - Seramai 24 orang termasuk MOT, SUB MOT dan LOT telah berkumpul dan bertemu dalam misi meninjau venue SYD 5 di Holy Rosary Limbahau dan St Joseph Papar pada 23 Oktober 2019 yang lalu. Satu misi meninjau tempat / tapak SYD5 juga telah dilakukan pada 13 Oktober 2019 oleh MOT penginapan, kecemasan dan penyediaan tempat. 

Setiap sudut perlu di ambil kira kerana ia amat penting dalam menentukan bagaimana program SYD 5 akan dilaksanakan dari segi penginapan sehingga pengaturan program. Semua yang hadir bersama - sama membayangkan situasi SYD 5 pada masa itu dan berharap agar persiapan dapat dilakukan untuk menjayakan program SYD 5 yang akan mengalu - alukan lebih kurang 3000 peserta seluruh Sabah. 

Nantikan update terkini berkenaan SYD 5 di Keuskupan masing - masing!

Sr. Dora Obod, fsic, selaku Kordinator SYD 5 memberikan penerangan untuk aktiviti meninjau tapak SYD 5
Meninjau Tapak SYD 5 di Holy Rosary Limbahau, Papar

Meninjau Tapak SYD 5 di Holy Rosary Limbahau, Papar

Meninjau Tapak SYD 5 di Holy Rosary Limbahau, Papar
Gambar bersama di St Joseph Papar
Meninjau tapak SYD 5 di St Joseph papar

Meninjau tapak SYD 5 di St Joseph papar

Meninjau tapak SYD 5 di St Joseph papar

Selesai aktiviti meninjau tapak / tempat SYD 5 di kedua - dua tempat (Holy Rosary Limbahau dan St Joseph Papar), ahli MOT, SUB MOT dan LOT sempat merayakan hari jadi Sr. Terry Loukang (Penasihat SYD 5) yang ke  51 tahun. Semoga Tuhan memberkati Sr. Terry dan pelayanannya.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent