Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 25, 2019

HARI WARGA KAMPUS KE - 21

Laporan oleh Charlisca Clynn Henry (Pelajar UMS Cawangan Sandakan)



Seramai 4 orang peserta mewakili Keuskupan Sandakan telah menyertai program Hari Warga Kampus yang ke-21, 2 pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan dan 2 pelajar dari Politeknik Sandakan Sabah. 

Program dimulakan dengan Misa Kudus pada jam 7.30 pagi dan telah diteruskan dengan sesi pendaftaran. Selepas sahaja sesi pendaftaran, para peserta bersarapan untuk menjana tenaga yang akan digunakan di sepanjang satu hari program HWK. Ice-breaking dan Praise and Worship merupakan aktiviti bagi memulakan HWK ke 21.

Sesi seterusnya merupakan empat bengkel yang telah dijalankan secara serentak. Setiap peserta hanya akan memilih dan mengikuti satu bengkel sahaja. Antara bengkel yang disediakan adalah bengkel 1: Percintaan, bengkel 2: Budaya Belia Kampus, bengkel 3: Mengenali agama lain dan bengkel 4: Mempelajari Kristian denomasi yang lain. Bengkel yang dijalankan membincangkan masalah yang sering terjadi dalam kalangan para pelajar kampus Katolik dan penyelesaian bagi setiap masalah tersebut berdasarkan kepada tema bagi HWK ke-21 dari ayat Lukas 1:38 “Aku ini hamba Tuhan terjadilah padaku menurut perkataan-Mu”. Melalui tema ini para peserta diajak untuk merenungkan akan panggilan setiap orang untuk menjadi penjala manusia dan mengikuti Yesus. 

Aktiviti yang seterusnya merupakan aktiviti Walk with Jesus dimana para peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dengan merujuk nombor di belakang tag program. Setiap kumpulan perlu berhenti di setiap sembilan stesen yang terletak di kawasan dalam dan luar dewan Sacred Heart Cathedral. Setiap stesen menfokuskan cabaran kehidupan yang dihadapi para pelajar dan belia Katolik dalam mengimani Yesus. Contohnya, permainan yang melibatkan ujian pendengaran tanpa melihat orang yang memberi arahan. Setiap ahli perlu fokus agar tidak silap mendengar arahan, permainan itu juga mengajar para peserta perlu fokus mendengar agar tidak silap mendengar ketua lain yang memberi arahan. Setiap ketua kumpulan melambangkan Yesus yang memberikan jalan yang namun tidak dapat dilihat, ahli kumpulan perlu mengenali suara ketua kumpulan mereka agar tidak salah mendengar arahan ketua kumpulan lain, sama seperti suara lain yang ingin menyesatkan manusia dari Yesus. 

Dalam Walk with Jesus juga ada aktiviti saling memberi motivasi dan nasihat antara satu sama lain. Antaranya, setiap peserta perlu menulis first impression kepada setiap ahli dalam kumpulan. Apa yang menyentuh melalui aktiviti ini ialah setiap orang memerlukan sokongan antara satu sama lain. Mereka yang memberikan first impression yang baik dapat menaikkan semangat orang lain. Para peserta juga didedahkan dengan kepelbagaian hidup setiap orang dengan membezakan cara mereka mengendalikan masalah yang dihadapi dengan meletakkan diri mereka yang suka memendam masalah kepada diri sendiri, bergantung kepada keluarga dan yang bergantung kepada kawan-kawan. 

Walaupun aktiviti yang dijalankan memenatkan, banyak benda baru yang para peserta dapat peroleh melalui aktiviti-aktiviti yang mereka ikuti. Selain itu juga, para peserta berpeluang menambah kenalan baru dan juga yang sudah lama kenal semakin rapat. 

Seterusnya, sharing dalam kumpulan mengenai 4 sesi bengkel dan Walk with Jesus dilaksanakan dan diiukti dengan perkongsian di kumpulan besar secara sukarela.

Diteruskan dengan sesi 'commitment' dimana para peserta perlu menulis apa yang mereka harapkan dari diri mereka dan memberikan kepada setiap wakil dan akan diberikan kembali dalam jangka masa yang lama. 

Penutupan HWK yang ke-21 diakhiri dengan doa penutup dan sesi bergambar.

Antara peserta - peserta dari Keuskupan Sandakan

Salah satu program semasa 'Walk with Jesus'

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent