Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 1, 2019

St. Mary's Hostel Boys - Doa Bersama Sebelum Menghadapi Peperiksaan


Sandakan - Pada 21 September 2019 yang lalu sekali lagi pihak Komisi Kerasulan Belia Keuskupan dan Kerasulan Belia Paroki St Mary, Sandakan 'turun padang' untuk bersama - sama denga  pelajar - pelajar asrama lelaki St. Mary, Sandakan. Ini merupakan lawatan kali ke - 5 dan lawatan kali ini lebih memfokuskan kepada memberi motivasi dan berdoa bersama sebelum peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

Lawatan sebelumnya dengan tema kecil iaitu 'Let's Hang Out', 'I have a Dream', 'I Am Special', dan 'Jesus' telah membawa para pelajar dan tim yang melawat lebih akrab. Ini yang diingini agar lawatan seumpama ini, membawa kepada persahabatan dan 'feeling belong' antara satu dengan yang lain.







Pada pertemuan kali ini, seperti biasa, program dimulakan dengan Time of Life dan games yang telah dikendalikan oleh Venessa Lai dan Susan Petrus. Setelah itu, input dalam bentuk motivasi kepada para pelajar disampaikan oleh Saudari Anna dan diakhiri dengan berdoa antara satu dengan yang lain yang dipimpin oleh Saudara Roynner M. Assang.

Saudari Anna menyampaikan sesi motivasi

Saudara Roynner M. Assang memberikan perkongsian dan mengkhirinya dengan berdoa bersama



Semoga dengan berdoa bersama ini, akan memberi kekuatan dan ketenangan kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan STPM. 

Semoga berjaya dan Tuhan memberkati!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent