Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 3, 2019

FIRMAN TUHAN MEMPERKASAKAN SESAMA MELALUI PERKONGSIAN

oleh Lucy Francis

Sandakan: Pada 17 September 2019 yang lalu, Lawatan Pastoral Komuniti Kristian Dasar (KKD) telah diadakan Pada kali ini, KKD St. Benedict telah mengadakan pertemuan di kediaman keluarga Pn. Beatrice Korong. Pertemuan ini telah dihadiri oleh Seminarian Stephen Esquerra dan lebih kurang 30 ahli KKD.
Acara dimulakan dengan doa pembukaan oleh Sem. Stephen dan disusuli makan malam. Selepas itu, semua ahli dijemput untuk berkumpul bersama dan Sem. Stephen memulakan doa dengan  menjemput Roh Kudus hadir untuk memimpin pertemuan pada malam tersebut.
Sem. Stephen menerangkan tentang 4 langkah perkongsian alkitab.
Kemudian, Sem. Stephen menerangkan tentang cara-cara untuk memulakan 4 langkah perkongsian alkitab. Seterusnya, ahli KKD yang hadir akan dibahagikan kepada bebarapa kumpulan kecil (4 – 6 orang) dan setiap kumpulan kecil itu pun memulakan 4 langkah perkongsian alkitab berdasarkan petikan Injil pada minggu itu iaitu Lukas 15: 1-11. Hasil perkongsian tersebut, setiap ahli dalam kumpulan itu telah berpeluang untuk mengongsikan pengalaman atau perjalanan iman berdasarkan petikan Firman yang telah menyentuh hati setiap peribadi masing-masing.
Perkongsian di setiap kumpulan
Pertemuan malam itu telah menambahkan pengalaman setiap ahli yang hadir dalam memberikan perkongsian peribadi tanpa rasa segan dan secara tidak langsung telah memberi impak kepada pertumbuhan iman setiap peribadi mereka. Syukur dan terima kasih kepada Sem. Stephen kerana dapat mengongsikan cara perkongsian yang berkaitan hidup berkomuniti dalam KKD. Puji Tuhan.
Sem. Stephen membuat rumusan hasil perkongsian alkitab.
Pn. Paulina memberikan ucapan penghargaan.
Diakhir pertemuan, Pengerusi KKD St. Benedict, Pn. Paulina Francis sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kedatangan Sem. Stephen Esguerra ke KKD St. Benedict. Beliau turut menjemput semua ahli-ahli KKD St. Benedict untuk menghadiri upacara pentahbisan Sem. Stephen menjadi diakon pada 28hb Oktober 2019 dan melibatkan diri dalam program lawatan ke Paitan pada 6 Oktober 2019 nanti. Acara selesai pada jam 10 malam dengan doa penutup daripada Sem. Stephen Esguerra. Tuhan memberkati.
Bersama Tim AJK KKD St. Benedict

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent