Ahli Tim Kerasulan Belia Paroki St. Dominic, Lahad Datu |
Pada
22hb September 2019 (Ahad), Parish Youth Gathering (PYG) yang ke 17 telah
diadakan bertempat di St. Theresa, Matamba. PYG adalah program bulanan anjuran Kerasulan
Belia Paroki (PYA) St. Dominic, Lahad Datu yang selalu dinanti-nantikan oleh
para belia di mana mereka dapat berkumpul bersama meraikan dan menghidupi iman Katolik mereka sebagai satu Paroki. PYG-17 telah disertai oleh kira-kira 60 orang belia termasuk belia pusat dan belia luarstasi yang dikunjungi buat julung-julung kalinya oleh PYA.
PYG kali ini membawa tema “Catholic Saints”
dengan objektif agar para belia mendapat pendedahan akan orang kudus Katolik dan
agar mereka selalu berhubungan erat dengan para orang kudus yang ada dalam
gereja kita.
Belia pusat berkumpul di perkarangan gereja pada jam 8.30 pagi, sebelum bertolak
bersama-sama pada jam 9.00 pagi. Kedatangan para belia pusat pada jam 10.00 pagi.
telah dinanti-nantikan oleh para umat berserta belia luar stasi St. Theresa,
Matamba dengan persiapan yang rapi dan sambutan yang penuh kasih. Setelah semua
persiapan selesai dibuat oleh pihak PYA, PYG dimulakan dengan alu-aluan oleh MC
program, Joseph dan Charlyn disusuli dengan Time Of Life dan doa
pembukaan yang ditugaskan kepada Luisi, Kristen, Wilson dan Jaymar.
Program
disemarakkan lagi dengan memutuskan tali-tali pagar yang menghalang para belia
untuk berinteraksi secara berkesan antara sesama dengan Ice Breaking kendalian
Mateus dan Martinus. Selesai Ice breaking, MC telah memberikan sedikit
sebanyak pengenalan tentang tema pada hari itu sebelum menjamu sarapan pagi
yang telah disediakan dari kemurahan hati para umat luar stasi St. Theresa,
Matamba.
Sesudah minum pagi selesai, PYG diteruskan dengan input-input menarik
berkaitan dengan “Catholic Saints” dimana 3 orang belia PYA (Martinus, Maureen
dan Elaine) diberi kepercayaan untuk berkongsi maklumat tentang iman Katolik.
Sesi mereka yang berpanjangan selama lebih kurang 2 jam itu menyentuh hal-hal
berkaitan dengan apakah itu saints dan mengapakah Katolik percaya kepada
saints. Mereka juga sempat mengongsikan dua peribadi orang kudus yang
tidak asing lagi, iaitu St. Dominic De Guzman yang adalah santo penaung bagi Paroki
Lahad Datu dan juga St. Frances
Xavier Cabrini iaitu santa penaung bagi para migran.
Sedikit
bengkel juga telah diselitkan sepanjang sesi dimana para belia dapat memberikan
respon mereka terhadap sesi yang diberikan. Lebih kurang jam 1.00 petang, para
belia disajikan pula oleh kemurahan hati para umat St. Theresa, Matamba dengan makanan
tengah hari yang cukup menggembirakan bagi semua belia. Para belia menjamu selera
selama lebih kurang 1 jam sebelum meneruskan lagi hari yang meriah itu dengan dua
aktiviti sukaneka atas kendalian Jaymar dan Mateus. Raut
wajah gembira dan gelak-tawa yang riang ketika memainkan aktiviti sukaneka itu sudah
cukup menggambarkan kasih Tuhan yang sedang memenuhi setiap mereka. Tanpa segan
silu mereka berkerjasama dalam pasukan “sementara” yang terbina hasil dari kasih
dan ikatan persaudaraan keimanan Katolik mereka yang sebelum ini tidak pernah bersua
muka.
Pada hari minggu itu juga Rev. Fr. Simon Kontou (Rektor Paroki) turut
datang ke St. Theresa, Matamba bagi mengadakan Misa Kudus yang bermula pada jam
3.30 petang. sekaligus menyempurnakan penerimaan Sakramen Pembaptisan dan Penyambutan Pertama. Oleh yang demikian, PYG kali
ini diakhiri dengan Misa Kudus bersama umat dan seterusnya jamuan bersama.
Dengan berat hati, para belia pusat meninggalkan tempat tersebut dengan hati
yang penuh kasih yang akan diabadikan kira-kira jam 6.00 petang.
No comments:
Post a Comment