Laproran oleh Nikmael Nikson
Student
Gathering 2019 atau dahulunya dikenali sebagai “Welcome Junior Party (WJP)”
merupakan program bagi pelajar kampus Katolik UMS untuk mengalu-alukan pelajar
baharu dari seluruh negeri Sabah yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di
UMS cawangan Sandakan. Ini merupakan program anjuran daripada kumpulan
Catholic Student Family (CSF) UMS cawangan Sandakan yang diadakan setiap tahun.
Program yang telah berlangsung pada
6 Oktober 2019, bertempat di gereja St. Peter Sg. Manila batu 12, dengan
jayanya telah disertai seramai 24 orang pelajar kampus yang terdiri daripada
dua pelajar master, 10 orang dari tahun akhir, empat orang dari tahun tiga, dua
orang dari tahun dua dan 6 orang pelajar baharu. Tujuan program ini diadakan
adalah untuk merayakan kedatangan pelajar baharu dan sekaligus membina ikatan persahabatan
di antara pelajar senior dan junior Katolik agar dapat berjalan bersama sebagai
satu keluarga.
Program
ini dimulai dengan misa kudus dan disusuli dengan makan tengahari secara potluk
bersama umat St. Petrus, Praise and Worship, pengenalan kepada organisasi
Diocesan Youth Apostolate (DYA), Parish Youth Apostolate (PYA), St. Mark dan
St. Peter (SMSP) dan Catholic Student Family (CSF).
Saudara Januarius, sedang menyampaikan sesi pengenalan St Mark dan St Peter, satu pelayanan belia yang juga dibawah payung Parish Youth Apostolate Sandakan |
Pengenalan
organisasi DYA dan PYA yang disampaikan oleh Sr. Rusiah Garuk FSIC, telah memberi
pengetahuan kepada para pelajar kampus yang baru tentang pelyanan belia di
peringkat Keuskupan dan Paroki manakala saudari Janarius Majin, wakil SMSP yang
juga dibawah payung PYA pula memberi perkongsian tentang pelayanan belia St. Mark
dan St. Peter. Beliau seterusnya menggalakkan agar pelajar kampus untuk giat aktif melibatkan diri dalam program - program
anjuran belia peringkat Keuskupan mahupun Paroki Sandakan pada masa akan datang.
Melalui aktiviti ice breaking juga,
serba sedikit telah memupuk satu ikatan persaudaraan antara umat di St. Peter Sg.
Manila dengan para pelajar kampus yang berada jauh daripada keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment