Menyediakan makanan |
Tetapi walaupun demikian, ada saja hati yang tidak senang melihat kewujudan kami di situ. Sebagai contoh, semasa sdra Elias seorang ahli misi tersebut memberi makanan kepada seorang warga jalanan tua yang sedang baring di tepi sebuah bank, ada sekumpulan remaja tertawakan kami. Tetapi kerana niat kami ingin membantu, perlahan-lahan kami ketepikan perasaan hampa itu dan tukarkan kepada perasaan syukur kerana dapat membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, semasa kami sedang meronda di tempat-tempat yang biasa di kunjungi oleh saudara kita yang kurang bernasib baik, kami ternampak beberapa penduduk di kawasan itu yang sedang melepak di bahu-bahu jalan raya sambil memerhatikan kami; mereka memanggil kami dengan gelaran "wartawan" dan ada juga yang memanggil kami "polis" Tetapi itulah lumrah manusia. Ada yang bernasib baik, ada yang kurang bernasib baik dan ada juga yang tidak sempat melihat dunia kerana penguguran haram. Terpujilah Kristus! Dia lebih mengetahui akan segala karyaNya kepada kita. Semoga melalui program ini, dapat menyedarkan kita bahawa banyak saudara kita sebenarnya yang memerlukan pertolongan kita.
"Inilah perintah-ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu"
Yoh 15:12
No comments:
Post a Comment