Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 13, 2012

Majlis Makan Malam Amal ~ Gereja St Dominic Lahad Datu

Shirley Yong, SOCCOM Lahad Datu

Lahad Datu    -     Majlis makan malam amal dan kutipan amal Gereja St Dominic Lahad Datu telah berlansung pada 24 Nov 2012 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Cina Lahad Datu. Majlis ini dimulakan dengan doa pembukaan dan kata-kata aluan daripada Rev Fr Simon Kontou. Turut hadir adalah Rev Fr Marcelinus Ponking, para sister FSIC dan Seminarian Martin Steven.

Majlis makan diselitkan dengan pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh pelbagai pihak seperti daripada kanak-kanak Pertemuan Minggu Gembira, belia dari Keuskupan Keningau, tarian Zumba, sumbangan lagu perseorangan dan cabutan tiket bertuah.


Pada majlis tersebut, Rev Fr Simon Kontou merakamkankan penghargaan beliau kepada semua penderma khususnya umat setempat yang telah memberi sedikit sebanyak sumbangan bagi projek pembangungan Dewan Gereja St Dominic. 'Kita perlu mengandakan usaha untuk mencapai sasaran kita. Asalkan kita mempunyai iman, Tuhan akan menyertai kita seperti dalam Kejadian 22 : 14, 'Tuhan menyediakan apa yang diperlukan.' 


Nyayian lagu oleh Fr Marcel dan Sr Marysia 


Majlis yang dihadiri oleh lebih 1000 orang hadirin seawal jam 6 petang berakhir pada pukul 11 malam dengan doa penutup yang dipimpin oleh Rev Fr Simon.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent