Sandakan : Semasa saya mengikuti misi ketiga "Four Things To Do Before Christmas" pada 19hb Disember, saya rasa terharu dengan sebuah keluarga yang miskin, tidak punya ayah, hanya seorang ibu dan seorang anak lelaki dan perempuan. Saya tidak dapat bayangkan seorang ibu tunggal yang bersusah payah mencari rezeki demi anak-anaknya yang bersekolah di sekolah rendah.
Semasa kami tiba di rumah keluarga Auntie Jupilin, saya bersama rakan-rakan dapat menyumbangkan sedikit sumbangan kepada mereka. Di samping tu juga kami dapat mengonsikan kegembiraan bersama keluarga mereka. Kami bergotong royong bersama anak lelakinya membersihkan halaman rumah mereka, membuat tempat pembuangan sampah, mengorek sisa-sisa pembuangan sampah yang terkumpul, dan yang paling penting kami dapat menyiapkan sebuah meja yang stabil.
Selepas sahaja kami bergotong royong kami sekali lagi dapat mengongsikan kegembiraan bersama keluarga ini.Kami bersama-sama menyambut Hari Natal di rumah keluarga ini, kami bercerita dan ketawa bersama-sama. Saya tidak akan lupakan kecerian di wajah keluarga ini ketika itu. Saya sangat terharu, bangga dan gembira, kerana dapat menolong dan mengongsikan kegembiraan bersama-sama dengan keluarga ini.
Saya sangat bersyukur kerana Tuhan menghantar saya untuk membantu dan mengongsikan kegembiraan bersama keluarga ini. Melalui peristiwa ini saya mengalami beberapa pengajaran agar harus menghormati orang-orang miskin, menghargai dengan hidup kita sekarang, jangan tinggi diri dan mengasihi sesama kita seperti dalam Alkitab, Roma 13:9 mengatakan “KASIHILAH SESAMAMU MANUSIA SEPERTI DIRIMU SENDIRI.”
No comments:
Post a Comment