SOCCOM TELUPID
TELUPID : Misa Kudus khas sempena Hari Paroki Santo Martin dari Tour yang ke 46 di Gereja St Martin Telupid pada 11 November 2012 lalu. Selebran oleh Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom dan Fr. Jasery G.Emmanuel iaitu Paderi Paroki St Martin Telupid. Sekitar 800 umat katolik yang datang dari seluruh kawasan Telupid. Tema perayaan bagi tahun ini adalah “Melakukan Kewajiban Beragama dengan Keikhlasan Dan Kemurahan Hati” (Mrk 12:43-44)
Bapa Uskup Julius dalam amanatnya, sekali lagi beliau amat menghargai akan kerjasama daripada semua pihak terutama sekali ahli jawatankuasa penganjur perayaan serta usahasama semua Komiti Kristian Dasar(KKD) yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan perayaan ini.
Mengulas mengenai Tahun Iman, Bapa Uskup menegaskan bahawa gereja mengajak semua umat meluangkan masa untuk lebih mendalami ajaran iman agar ia memperolehi keteguhan untuk memperbaharui diri dan bertobat . Dalam Surat Paulus kepada Jemaat di Roma 10:17 “Jadi, iman timbul dari pendengaran, dan pendengaran oleh firman Allah.” Kita menemukan iman, mengakui, mewartakan juga menghidupinya sebab iman tanpa perbuatan pada hakikatnya mati (Yakobus 2:17).
Seramai 65 orang telah diurapi minyak Krisma oleh Bapa Uskup dalam upacara Sakramen Penguatan. Dalam homilinya, beliau menyeru agar mereka terus melibatkan diri di dalam pelayanan supaya krisma yang mereka terima menjadi hidup dan iman yang sudah dianugerahkan akan bertumbuh subur dan berbuah.
Paderi Paroki St Martin, Fr Jasery Gabuk semasa dalam ucapannya, mengajak semua umat mengimbas kembali perjalanan iman 46 tahun yang lalu agar dapat menilai perkembangan gereja tempatan St.Martin khasnya dan pertumbuhan iman secara individu dan dalam komuniti umat katolik secara menyeluruh kerana semakin banyak cabaran yang boleh mencabar iman seiring dengan pengalaman yang semakin bertambah. Menyentuh dengan proses pembinaan dewan baru untuk Paroki St.Martin yang memakan kos pembinaan yang tinggi, beliau meminta agar umat jangan takut atau berfikir adalah mustahil untuk membina dewan baru ini memandangkan kos yang besar tetapi terus berusaha dan bekerjasama memainkan peranan secara individu mahupun melalui komiti-komiti seperti KKD khasnya untuk mencari dana menambah pembiayaan dewan tersebut. Katanya lagi, "Semoga perayaan ini menjadi pendorong untuk terus maju ke hadapan agar dapat berjalan bersama di dalam iman demi untuk memajukan gereja".
Pengerusi Perayaan, Saudara Roger Sebastian Enty, turut menyebut mengenai komitmen dan tanggungjawab semua umat. Katanya lagi, "Tidak dilupakan Pengerusi MPPT saudara Herman Soibun dan mantan pengerusi yang terdahulu seperti Saudara Richard Lobinjang dan Albert Matusin di atas bimbingan, tunjuk ajar serta nasihat kepada saya selama dalam proses persiapan perayaan". Beliau juga mengucapkan terima kasih dan sangat bersyukur dengan sokongan dan sumbangan semua pihak sama ada dalam bentuk idea, masa, tenaga, material dan wang ringgit demi menjayakan perayaan ini amatlah dihargai.
Seminggu sebelum perayaan tiba, sukaneka antara KKD sempena perayaan ulangtahun paroki telah diadakan. Berbagai acara sukaneka yang dipertandingkan. Sebagai pembukaan acara, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki St.Martin, saudara Herman Soibun menyampaikan rasa sukacitanya kepada semua KKD yang datang meluangkan masa bersama-sama mengikuti sukaneka tersebut. Walaupun cuaca panas tetapi sukaneka berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment