Sandakan : Sepanjang perjalanan saya menuju ke Katedral St. Mary, saya bertemu dengan seorang tua dengan begnya yang besar, tidak terurus pakaiannya dan juga kotor. Hati saya mula tergerak, "saya harus membantu orang ini," tetapi apa yang terjadi pada masa itu; saya hanya dapat memandang dan membiarkan semuanya itu berlalu begitu sahaja. Sampai sahaja di Katedral St. Mary, kami memulakan misi dengan doa, pada masa yang sama, saya juga berdoa agar saya akan ditemukan kembali dengan orang tua itu.
Selepas itu kami mula melaksanakan misi memberi makanan dan pakaian kepada saudara-saudara kami yang tidak mempunyai tempat untuk berlindung di sekitar pusat bandar, Tanah Merah dan Batu 4. Saya mula risau kerana tidak menjumpai orang tua itu dan saya mula berdoa agar ditemukan lagi dengannya. Tiba-tiba, saya ternampak orang tua itu dan mengucapkan syukur dan puji Tuhan kerana ditemukan kembali dengan orang tua itu yang sedang berbaring di depan bank. Saya memberi makanan dan sedikit wang kepadanya. Saya sangat terharu melihat keadaannya, saat itu juga saya terfikir; seandainya saya yang berada ditempat orang tua ini, adakah yang akan datang membantu? Adakah lagi orang lain datang memberi sedikit makanan dan minuman atau mereka hanya akan melihat dan membiarkan semuanya ini berlalu?
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami, hati saya terus menerus mengucap syukur pada Tuhan, ketika saya melakukan kehendakMu saya mula mengerti perkataan ini "iman tanpa perbuatan adalah kosong" saya mula mengerti pujian sebenar adalah melakukan kehendakNya.
Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan sehingga kami berjumpa dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu dan bapa dan hanya tinggal di jalanan. Saya sangat sedih melihat kanak-kanak ini lantas terfikir bagaimana mereka dapat hidup dalam keadaan sedemikian. Saya amat tersentuh dengan keadaan kanak-kanak itu. Kami memberikan makanan dan pakaian kepada mereka. Mereka kelihatan seperti mendapat hadiah paling istimewa. Kegembiraan mereka tidak dapat diungkapkan melihat dari raut wajah kanak-kanak ini. Saya benar-benar bersyukur dan berterima kasih kerana terpanggil untuk megikuti aktivikti ini dan membuatkan Krismas saya pada tahun ini benar-benar penuh dengan sinar cinta kasih Tuhan. Saya merasa seperti di lahirkan kembali. Aktivikti ini benar-benar membuka mata dan hati saya. Syukur puji tuhan. Pujian sebenar adalah melakukan kehendak Tuhan.
"...Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku" - Mat 25:40
A very meaningful preparation for Christmas and a good example of faith shown in acts of charity. May this also spur other church groups to do the same especially during the lenten season and throughout our lives. Merry Christmas and Happy New Year. God bless.
ReplyDelete