Uskup Julius menyampaikan Bacaan INJIL Yoh 1:1-18 |
KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN. 25 Disember 2012. Jam 9.00 pagi. Hujan lebat di awal pagi tidak sedikit pun menghalang umat Kristian berbahasa Melayu di kawasan Sandakan untuk menunaikan ibadat Krismas di Gereja. Awal pagi hujan telah turun dengan lebat sekali. Semua ruang dalam bangunan gereja telah dipenuhi umat beriman. Perjalanan liturgi berjalan dengan baik.
Keadaan di luar Katedral St. Mary Sandakan |
Hari Raya Krismas atau Natal yang bermaksud kelahiran adalah merupakan perayaan umat Kristian universal, setiap tahun disambut pada tarikh 25 Disember. Ia memperingati kelahiran Yesus Kristus yang di ramalkan oleh para nabi Yahudi di Kitab Suci sebelumnya. Kedatangan Tuhan adalah untuk menggenapi Perjanjian Baru. Nubuat tersebut dinyatakan oleh para nabi Yahudi sebelumnya.
Uskup Julius selaku selebran telah menyampaikan pesanan Krismas. "Bahawa Kehadiran Yesus adalah kehadiran Allah yang mahu tinggal bersama dengan manusia. Allah adalah kasih, ia dilihat melalui perbuatan Yesus. Kita harus belajar dari Dia. Kasih Allah tidak mendatangkan huru-hara, sebaliknya membawa damai sejahtera kepada sesama manusia." katanya.
Bacaan I Yes 52:7-10, (Sahutan Maz 98:1,2-3ab,3cd-4,5-6) |
Bacaan II Ibrani 1:1-6 |
“Dunia tidak akan mengenal Dia yang datang dengan kasih, selagi hati yang menyambutnya masih ada kegelapan." Beliau mengajak untuk membuka ruang hati bagi Yesus yang datang sebagai terang dunia.
Umat yang sudah menerima Sakramen dicabar mengkongsikan kasih itu agar terang Yesus menerangi sesama. Bahawa Yesus harus lahir di hati manusia dan bukan di kandang binatang lagi.
GAMBAR-GAMBAR RUMAH TERBUKA KRISMAS
USKUP JULIUS DUSIN GITOM
25hb Disember 2012 (11.00 pagi hingga 2.00 ptg)
DIOCESAN PASTORAL CENTRE SANDAKAN
Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2013
No comments:
Post a Comment