Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 29, 2012

Four Things To Do Before Christmas ~ 4th Mission on 23rd December 2012


by Belia St. Mark

Sandakan : Sepanjang perjalanan saya menuju ke Katedral St. Mary, saya bertemu dengan seorang tua dengan begnya yang besar, tidak terurus pakaiannya dan juga kotor. Hati saya mula tergerak, "saya harus membantu orang ini," tetapi apa yang terjadi pada masa itu; saya hanya dapat memandang dan membiarkan semuanya itu berlalu begitu sahaja. Sampai sahaja di Katedral St. Mary, kami memulakan misi dengan doa, pada masa yang sama, saya juga berdoa agar saya akan ditemukan kembali dengan orang tua itu.
Selepas itu kami mula melaksanakan misi memberi makanan dan pakaian kepada saudara-saudara kami yang tidak mempunyai tempat untuk berlindung di sekitar pusat bandar, Tanah Merah dan Batu 4. Saya mula risau kerana tidak menjumpai orang tua itu dan saya mula berdoa agar ditemukan lagi dengannya. Tiba-tiba, saya ternampak orang tua itu dan mengucapkan syukur dan puji Tuhan kerana ditemukan kembali dengan orang tua itu yang sedang berbaring di depan bank. Saya memberi makanan dan sedikit wang kepadanya. Saya sangat terharu melihat keadaannya, saat itu juga saya terfikir; seandainya saya yang berada ditempat orang tua ini, adakah yang akan datang membantu? Adakah lagi orang lain datang memberi sedikit makanan dan minuman atau mereka hanya akan melihat dan membiarkan semuanya ini berlalu?
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami, hati saya terus menerus mengucap syukur pada Tuhan, ketika saya melakukan kehendakMu saya mula mengerti perkataan ini "iman tanpa perbuatan adalah kosong" saya mula mengerti pujian sebenar adalah melakukan kehendakNya.
Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan sehingga kami berjumpa dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu dan bapa dan hanya tinggal di jalanan. Saya sangat sedih melihat kanak-kanak ini lantas terfikir bagaimana mereka dapat hidup dalam keadaan sedemikian. Saya amat tersentuh dengan keadaan kanak-kanak itu. Kami memberikan makanan dan pakaian kepada mereka. Mereka kelihatan seperti mendapat hadiah paling istimewa. Kegembiraan mereka tidak dapat diungkapkan melihat dari raut wajah kanak-kanak ini. Saya benar-benar bersyukur dan berterima kasih kerana terpanggil untuk megikuti aktivikti ini dan membuatkan Krismas saya pada tahun ini benar-benar penuh dengan sinar cinta kasih Tuhan. Saya merasa seperti di lahirkan kembali. Aktivikti ini benar-benar membuka mata dan hati saya. Syukur puji tuhan. Pujian sebenar adalah melakukan kehendak Tuhan.

"...Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku" - Mat 25:40

Our last mission ~ 4 Things To Do Before Christmas

by Elmer Adonis

"Yeah" ~ Kata seorang budak apabila mendapat makanan dan baju.
Sandakan : Saya ingin mengongsikan pengalaman saya setelah mengikuti program keempat '4 Things to do before Christmas' yang bertarikh 23 Disember 2012(bermula pada 6 petang - 8.30 malam) di sekitar bandar Sandakan. Secara peribadi, ini merupakan pengalaman baru dan pertama saya. Di sinilah keikhlasan kasih dalam hal memberi benar-benar teruji, menanggalkan rasa malu dan kepentingan diri dan masuk ke dalam suatu keadaan yang sama sekali asing bagi saya dan mengalami sendiri secara dekat pengalaman bertemu muka dengan 'Yesus' dalam diri anak-anak kecil yang terbiar serta orang-orang gelandangan. Pengalaman ini mengingatkan saya pada St. Paulus, 2 Kor 8:6,8-9 "...aku mau menguji keikhlasan kamu kerna kamu telah mengenal kasih karunia tuhan kita Yesus Kristus bahawa Ia, yang kerna kamu menjadi miskin, sekalipun ia kaya supaya kamu menjadi kaya oleh kerna kemiskinan-Nya" 
Menikmati makanan yang baru diterima
Dan Injil Yohanes 3:16 'Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa melainkan oleh hidup yang kekal." Firman ini pula mengingatkan saya akan makna Krismas bukan sekadar membeli-belah, bersuka ria, pertemuan keluarga dan sebagainya, tapi juga mengingatkan orang-orang yang kurang bernasib baik dan rela berbagi kasih dengan mereka seperti mana Allah rela berbagi kasihNya dengan mengutus anakNya yang tunggal menjadi juruselamat dunia. Secara kesimpulan, program ini membantu saya menyisihkan waktu seketika dari kesibukan dan kepentingan sendiri, dengan mengingat serta tampil membantu mereka yang memerlukan sekaligus menjadikan Krismas saya pada tahun ini lebih bermakna. Seperti slogan berbunyi 'Berbagi tak pernah rugi'. Marilah kita sama-sama lebih giat dalam hal memberi. Tuhan memberkati.

The Final Mission ~ Four Things To Do Before Christmas

by Lydyana Kantiu

Menyediakan makanan
Sandakan : Misi keempat 'Four Things To Do Before Christmas' telah dilaksanakan pada 23hb Disember 2012, dua hari sebelum Krismas. Syukur dan puji Tuhan kerana memberkati kita semua! Itulah kata-kata yang dapat saya  lafazkan di saat ini. Di saat kita sedang menikmati makanan di rumah bersama keluarga, mereka yang gelar, warga jalanan terpaksa menahan lapar. Di saat sedang hujan kita seronok tidur dan berselimut, mereka pula terpaksa mencari tempat teduh sambil mengigil kesejukan. Mereka tidak minta untuk di lahirkan begitu, tetapi Tuhan lebih mengetahui akan segala hal. Itulah perkara yang bermain di fikiran saya sepanjang aktiviti ini di jalankan. Apa yang kami lakukan ini adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.
Lydyana (baju hijau) membahagi-bahagikan makanan kepada budak-budak jalanan
Tetapi walaupun demikian, ada saja hati yang tidak senang melihat kewujudan kami di situ. Sebagai contoh, semasa sdra Elias seorang ahli misi tersebut memberi makanan kepada seorang warga jalanan tua yang sedang baring di tepi sebuah bank, ada sekumpulan remaja tertawakan kami. Tetapi kerana niat kami ingin membantu, perlahan-lahan kami ketepikan perasaan hampa itu dan tukarkan kepada perasaan syukur kerana dapat membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, semasa kami sedang meronda di tempat-tempat yang biasa di kunjungi oleh saudara kita yang kurang bernasib baik, kami ternampak beberapa penduduk di kawasan itu yang sedang melepak di bahu-bahu jalan raya sambil memerhatikan kami; mereka memanggil kami dengan gelaran "wartawan" dan ada juga yang memanggil kami "polis" Tetapi itulah lumrah manusia. Ada yang bernasib baik, ada yang kurang bernasib baik dan ada juga yang tidak sempat melihat dunia kerana penguguran haram. Terpujilah Kristus! Dia lebih mengetahui akan segala karyaNya kepada kita. Semoga melalui program ini, dapat menyedarkan kita bahawa banyak saudara kita sebenarnya yang memerlukan pertolongan kita.

"Inilah perintah-ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu" 
Yoh 15:12

Four Things To Do Before Christmas ~ 3rd Mission

by Fradely Brandon Amigo

Sandakan : Semasa saya mengikuti misi ketiga "Four Things To Do Before Christmas" pada 19hb Disember, saya rasa terharu dengan sebuah keluarga yang miskin, tidak punya ayah, hanya seorang ibu dan seorang anak lelaki dan perempuan. Saya tidak dapat bayangkan seorang ibu tunggal yang bersusah payah mencari rezeki demi anak-anaknya yang bersekolah di sekolah rendah.
 
Semasa kami tiba di rumah keluarga Auntie Jupilin, saya bersama rakan-rakan dapat menyumbangkan sedikit sumbangan kepada mereka. Di samping tu juga kami dapat mengonsikan kegembiraan bersama keluarga mereka. Kami bergotong royong bersama anak lelakinya membersihkan halaman rumah mereka, membuat tempat pembuangan sampah, mengorek sisa-sisa pembuangan sampah yang terkumpul, dan yang paling penting kami dapat menyiapkan sebuah meja yang stabil.
Selepas sahaja kami bergotong royong kami sekali lagi dapat mengongsikan kegembiraan bersama keluarga ini.Kami bersama-sama menyambut Hari Natal di rumah keluarga ini, kami bercerita dan ketawa bersama-sama. Saya tidak akan lupakan kecerian di wajah keluarga ini ketika itu. Saya sangat terharu, bangga dan gembira, kerana dapat menolong dan mengongsikan kegembiraan bersama-sama dengan keluarga ini.

Saya sangat bersyukur kerana Tuhan menghantar saya untuk membantu dan mengongsikan kegembiraan bersama keluarga ini. Melalui peristiwa ini saya mengalami beberapa pengajaran agar harus menghormati orang-orang miskin, menghargai dengan hidup kita sekarang, jangan tinggi diri dan mengasihi sesama kita seperti dalam Alkitab, Roma 13:9 mengatakan “KASIHILAH SESAMAMU MANUSIA SEPERTI DIRIMU SENDIRI.”

Thursday, December 27, 2012

Kerana seorang Putera sudah jadi bagi kita.........

Matthew Kiun

Beluran : Misa Malam Natal 24hb Disember juga Misa Natal 25hb Disember dirayakan di Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran dipimpin oleh Rev Fr Thomas Makajil, rektor Paroki Katedral St Mary Sandakan. Natal harus menjadi peringatan tentang kelahiran Yesus Tuhan kami yang membawa keselamatan, kedamaian serta kebahagian hidup. Natal adalah saatnya berbagi kasih sesama agar damai Natal selalu ada beserta kita.

Gambar-gambar berikut menunjukkan perjalanan sepanjang Misa.
Sdra Albert menyampaikan cenderahati kpd Fr Thomas

Tuesday, December 25, 2012

HUJAN LEBAT AWAL PAGI KRISMAS TIDAK MENGHALANG UMAT KRISTIAN MENUNAIKAN IBADAT DI KATEDRAL SANDAKAN

DS/bell
Uskup Julius menyampaikan Bacaan INJIL Yoh 1:1-18

KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN. 25 Disember 2012. Jam 9.00 pagi. Hujan lebat di awal pagi tidak sedikit pun menghalang umat Kristian berbahasa Melayu  di kawasan Sandakan untuk menunaikan ibadat Krismas di Gereja. Awal pagi hujan telah turun dengan lebat sekali. Semua ruang dalam bangunan gereja telah dipenuhi umat beriman. Perjalanan liturgi berjalan dengan baik. 

Keadaan di luar Katedral St. Mary Sandakan
Hari Raya Krismas atau Natal yang bermaksud kelahiran adalah merupakan perayaan umat Kristian universal, setiap tahun disambut pada tarikh 25 Disember. Ia memperingati kelahiran Yesus Kristus yang di ramalkan oleh para nabi Yahudi di Kitab Suci sebelumnya. Kedatangan  Tuhan adalah untuk menggenapi Perjanjian Baru.  Nubuat tersebut dinyatakan oleh para nabi Yahudi sebelumnya.

Uskup Julius selaku selebran telah menyampaikan pesanan Krismas. "Bahawa Kehadiran Yesus adalah kehadiran Allah yang mahu tinggal bersama dengan manusia. Allah adalah kasih, ia dilihat melalui perbuatan Yesus. Kita harus belajar dari Dia. Kasih Allah tidak mendatangkan huru-hara, sebaliknya membawa damai sejahtera kepada sesama manusia."  katanya.
Bacaan I Yes 52:7-10,  (Sahutan Maz 98:1,2-3ab,3cd-4,5-6)
Bacaan II  Ibrani 1:1-6
“Dunia tidak akan mengenal Dia yang datang dengan kasih, selagi hati yang  menyambutnya masih ada kegelapan."  Beliau  mengajak untuk membuka ruang hati bagi Yesus yang datang sebagai terang dunia.
Umat yang sudah menerima Sakramen dicabar mengkongsikan kasih itu agar terang Yesus menerangi sesama. Bahawa Yesus harus lahir di hati manusia dan bukan di kandang binatang lagi.

GAMBAR-GAMBAR RUMAH TERBUKA KRISMAS 

USKUP JULIUS DUSIN GITOM

25hb Disember 2012 (11.00 pagi hingga 2.00 ptg)

DIOCESAN PASTORAL CENTRE SANDAKAN




Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2013


CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent