Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 4, 2010

Majlis Jamuan Makan Malam Gereja St Dominic

Lahad Datu, 30 Jan 2010 - "Sky is the Limit" itulah yang menjadi kata-kata pendorong bagi setiap ahli tim dalam menjayakan kutipan derma dan jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Komiti Perkuburan Paroki St Dominic, Lahad Datu bertempat di dewan Sekolah Menengah Cina Lahad Datu.

 Sekeping cek bernilai RM112,779.50 iaitu hasil kutipan derma diserahkan kepada Paderi Paroki, Rev Fr Simon Kontou oleh Pengerusi Komiti Perkuburan, saudara Loreto Roble dengan disaksikan oleh para hadirin makan malam tersebut.


Kejayaan dalam mengadakan jamuan makan malam tersebut adalah hasil kerjasama di antara Komiti Perkuburan, Komiti Pembangunan, Belia, KWK dan Pelayan Altar serta Sr Veronica Kandaung fsic selaku penasihat kerohanian Fund Raising Team ini.



Jamuan ini merupakan salah satu cara untuk mengutip dana bagi Gereja St Dominic. Selain itu, penjualan tiket bertuah, key chain, sumbangan perseorangan dan sebagainya turut dijalankan bagi mengumpul dana untuk pembangunan dan pengubahsuaian gereja.

Pada asalnya kutipan derma ini adalah bertujuan untuk pembangunan tanah perkuburan lama dan baru Gereja St Dominic. Namun, kerana keperluan untuk menampung umat yang semakin berkembang, telah dipersetujui agar kutipan derma itu digunakan untuk menampung kos kerja pembangunan dan pengubahsuaian gereja.

Saudara Loreto merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua penderma yang sudi membantu dalam pememberian sumbangan kepada gereja.

"Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah menderma dan bagi mereka yang telah bekerja keras dalam mencari dana ini. Tanpa kamu semua, pengubahsuaian gereja mustahil dilaksanakan," kata Rev Fr Simon dalam ucapan beliau pada malam itu.

'Kembali ke alam era 60an-80an' menjadi pilihan tema bagi jamuan makan malam amal. Antara yang hadir dalam jamuan ini adalah Rev Fr Simon Kontou, Rev Fr Jasery Gabuk, Sr Veronica fsic, seminarian Marthin Steven dan seminarian Stanley William. 
Kehadiran kumpulan koir dari Katedral St Mary, Sandakan turut menyerikan lagi jamuan ini dan menghiburkan semua orang yang hadir dengan lagu-lagu yang dimainkan secara "live".


Persembahan dari krew pentas turut menghidupkan acara dalam jamuan tersebut seperti nyanyian dan tarian.
Cabutan tiket bertuah dilangsungkan dan pelbagai hadiah menarik seperti LCD TV, peti sejuk, barangan elektrik, telefon mudah alih dan hamper telah disediakan bagi pemenang-pemenang cabutan ini.






Hadiah-hadiah yang menarik
Oleh Shirley Yong

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent