Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 23, 2010

'Saya adalah anak Tuhan'


Sandakan – Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary telah mengadakan Rekoleksi Belia untuk team kali kedua bermula pada Februari 13hb hingga 15hb, 2010 bertempat di Pusat Retret, Ulu Dusun. 


Saya dan kawan: Peserta cuba mengenal diri dan sesama

Rekoleksi ini adalah susulan dari Rekoleksi pertama kali diadakan pada Julai 4hb dan 5hb, 2009.

Seramai 12 orang ahli team KBP telah meluangkan masa untuk bersama-sama merenung kembali perjalanan melayani para belia. Team KBP yang terdiri daripada ahli lama dan baru mengambil kesempatan semasa rekoleksi baru-baru ini untuk mengenali sesama dengan lebih dalam lagi. 

George Bell, salah seorang fasilitator telah menyampaikan sesi “Sejauh Manakah Saya Mengenali Anda?.” Dalam sesi tersebut diajak merenung empat karekter, lima peringkat perhubungan dan keterbukaan hati. Sesi ini banyak membantu para peserta untuk melihat kembali sifat-sifat yang ada dalam diri setiap peserta.

Saya dan alam: Peserta merenung ranting-ranting yang tidak berguna dihiasi bunga. 

Animator Belia, Sr Lilian Unsoh, fsic telah menyampaikan sesi “Terimalah Diriku Seadanya Tuhan” dan sesi “Suspen…”. Sesi-sesi tersebut membuatkan para peserta sedar akan diri bahawa setiap peserta dipanggil oleh Tuhan untuk melayani dan menyedari ‘Saya adalah Anak Tuhan.’ 

Setiap aktiviti yang dijalankan diadakan secara bergotong-royong bagi memupuk semangat kerjasama dan persaudaraan antara ahli KBP. Antara sesi-sesi berkenaan ialah Doa Pagi, Doa Taize, Doa Malam, Perkongsian, Acara ‘Barbeque’ dan akhir sekali di hari ketiga rekoleksi, mesyuarat KBP kali kedua diadakan. 

Berikut adalah perkongsian ahli-ahli KBP:




“Rekoleksi ini sangat menyentuh hati yang mana mengajar akan erti hidup dan memberi pemahaman tentang pelayanan sebagai satu pasukan. Di masa yang sama juga dapat mengenali sesama dan mengetahui kelebihan dan kelemahan masing-masing.” – Reginia Jane Hugo
“Bila direnungkan kembali, bak kata pepatah melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’ ada kebenarannya. Saya adalah orang yang jenis pemalu dan kadang-kadang timbul rasa ketakutan untuk bergaul dengan orang ramai kerana takut tidak diterima. Atau pun orang tidak ingin berkawan dengan saya disebabkab bangsa saya. Tapi setelah mengikuti rekoleksi ini, saya menyedari saya harus ubah cara pemikiran saya, berfikir secara positif. Dalam kesatuan, kita mesti ada keseragaman walaupun kita berbeza dan pelbagai bangsa. Dalam rekoleksi ini juga, sesi-sesi yang disediakan, sedikit sebanyak membantu saya untuk bekerja dalam team dan yang paling penting berada dalam satu keluarga yang terdiri dari pelbagai kaum yang boleh bekerja dan berjalan bersama. Sesungguhnya amat besar dan tak terhingga CINTA KASIH TUHAN kepada saya.” – Yustina Alias 


“Satu pengalaman yang sangat bernilai dan sangat membantu dalam mengekspresikan segala perasaan yang terpendam dalam hati dengan bantuan dan kehadiran Roh Kudus. Program ini benar-benar telah memberikan impak yang positif, langkah demi langkah, sebagai satu team - pelayanan yang melibatkan individu yang baru. Program seperti ini telah membawa saya dan team ke satu langkah baru yang bersesuaian dengan motif pembentukan yang diilhamkan. Ini memberikan saya dan rakan-rakan team, semangat yang lebih kuat dalam menempuhi cabaran dalam membentuk satu generasi baru iaitu generasi benar yang benar-benar memuliakan nama Tuhan. Semoga Tuhan memberkati.” – Alexander Aban 

Doa pagi di lapangan terbuka

Di akhir rekoleksi, jelas kelihatan wajah-wajah team KBP St Mary kelihatan ceria dan bersinar. Setiap ahli bersemangat untuk bangkit kembali dan meneruskan pelayanan yang ada demi kemajuan dan pembangunan iman para belia khususnya di Paroki Sandakan. Syukur kepada Tuhan! 

Airene

1 comment:

  1. Kita adalah Gereja yang sudah menjadi bangsa murid Yesus. Gereja Universal(Katolik)dan warganegara Syurgawi. (Matius 28: 18-20).

    Proses mengenal diri bukan perkara baru dalam aturcara rekoleksi hari ini. Program ini datang dari pengalaman dan praktikal para rahib sejak abad ke 3 lagi.

    Antara yang menarik dalam kesaksian mereka ialah Bernardus dari Clairvaux (+1153) dan Wilhelmus dari St. Thierry (+1148) "Kenali dirimu, kerana citraKU. Lalu engkau akan mengenal AKU asal gambaranmu itu. Pada diri mu engkau akan menemukan AKU."

    Tetapi sekali gus Bernadus mengajak orang mengakui, bahawa dirinya 'suatu gambaran Allah yang sudah menjadi kabur: "kenalilah dirimu sebagai gambaran Allah dan merasalah malu, kerana gambaran itu kau tutup dengan gambaran lain. Ingatlah martabatmu dan merasa hina atas kemerosotanmu itu. Jangan engkau menutupi keindahanmu, agar kau semakin malu akan nodamu."

    Padankan renungan di atas dengan Kitab Kejadian:
    1:26. Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."
    1:27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

    Matius 5:48 Karena itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna."

    Beberapa lagi ayat yang manis dinikamati oleh jiwa kita. Namun manusia memerlukan suatu tempat dan masa untuk menikmatinya iaitu tempat yang tenang dan damai ialah retreat atau rekoleksi. Namun jika kita membawa jiwa yang penuh, pencarian itu sia-sia belaka.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent