Mesyuarat KBK dan KBP
Sandakan. 22 Feb 2010. Mesyuarat penganjur pelancaran diadakan di Bilik Mesyuarat Keuskupan dipengerusikan oleh Cik Anna Theresa Amandus selaku koordiator KBK. Persiapan rohani bermula pada 25 Feb dengan Novena serentak di 4 buah Paroki selama 9 hari sehingga 5 Mac setiap jam 7.30 petang.
Dijangka 200 pemimpin belia yang mewakili paroki Holy Trinity Tawau, paroki St. Dominic Lahad Datu, paroki St. Martin Telupid dan Belia paroki St. Mary Katedral Sandakan akan berkumpul di Katedral pada 6-7 Mac untuk menyaksikan hari yang bersejarah ini.
Seramai 18 orang belia KBK akan diutus semasa Misa Kudus pada hari Minggu oleh Yang Berbahagia Bapa Rev. Uskup Julius D. Gitom. Sebelumnya pada 06 Mac belia akan di beri katekisis "kenapa kita diutus" oleh Bro David Garaman.
Pewartaan INJIL
Seramai 20 belia KBP Katedral St. Mary, Francis Tan (Pejabat Pastoral Keuskupan), John Baptis pengerusi PPC dan Pn Annie Rokneh selaku Ketua Penyelaras Bahagian Kerasulan Wanita Katolik terlibat sama dalam penganjuran tersebut.
Melihat logo, belia akan memahami dan mengingati pesanan-pesanan gereja dan misi belia di zaman millennium ini. Di mana belia menghadapi cabaran kehidupan dan mencari kebenaran. Pengertian dan renungan maksud logo akan di sampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh FSIC.
No comments:
Post a Comment