Tujuan utama adalah untuk mengenali ahli-ahli tim secara peribadi dan kerohanian agar dapat berjalan seiring dalam pelayanan sebagai Kerasulan belia untuk belia dalam Diosis Sandakan dan juga di paroki masing-masing.
Rekoleksi pada hari pertama (malam) Fr. Paul Lo telah mengajak ahli- ahli KBK untuk berdoa secara senyap selama setengah jam khusus untuk keamanan Negara Malaysia.
Pengisian ahli dalam rekoleksi ini termasuklah memahami identiti sebagai Kerasulan Belia Keuskupan, mengenal diri, memahami hubungan dengan sesama dan mendalami hubungan dengan Tuhan.
“Rasul – Orang yang diutus demi satu misi dalam menyebarkan sabda Tuhan dan membawa perdamaian…”
Fr Paul Lo mengongsikan bahawasnya “Yesus tidak menganggap rasul-rasulnya hamba kerana hamba tidak mengetahui apa tuannya buat, tetapi Yesus menganggap rasul-rasulnya sahabat kerana tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya”. Maka dengan ini ahli – ahli KBK juga perlu mempunyai hubungan serupa dengan Yesus.
Fr Paul Lo meneruskan pengonsiannya dalam sesi “Saya & Tuhan”. Sesi ini lebih kepada hubungan ahli KBK dengan Tuhan. Dalam topik ini ahli-ahli KBK diminta untuk melukis gambaran keadaan diri ahli KBK dan bagaimana hubungannya dengan Tuhan. Setiap kami menghasilkan gambar yang berbeza dan maksud gambaran yang berlainan.
Dalam Misa Kudus pada malamnya, Fr Paul Lo dalam homilinya mengongsikan misi Yesus yang mana berkait dengan tema minggu itu iaitu “Baptism of the Lord”.
Dalam homilinya dia mengatakan misi awal Yesus adalah pembaptisanNya di Sungai Yordan. “Melalui sakramen pembaptisan kita menjadi anak-anak Tuhan”.
Memulakan Rekoleksi dengan doa senyap dan cahayalilin untuk negara
Rekoleksi pada hari pertama (malam) Fr. Paul Lo telah mengajak ahli- ahli KBK untuk berdoa secara senyap selama setengah jam khusus untuk keamanan Negara Malaysia.
Pengisian ahli dalam rekoleksi ini termasuklah memahami identiti sebagai Kerasulan Belia Keuskupan, mengenal diri, memahami hubungan dengan sesama dan mendalami hubungan dengan Tuhan.
aku ibarat seperti lukisan ini
perjalanan saya bagaikan lukisan ini
saya umpama simbol ini
Peserta meletakkan buah-buah yang dia rasakan ada kaitan dengan pribadinya di ranting-ranting yang kering
Akhirnya simbol rekoleksi pertama dari ranting-ranting kering ini mulai berbunga yang melambangkan bermulanya tahun yang baru bagi komitmen pelayan belia.
Sesi “Tuhan saya disini” dan “Saya & Saya” yang dikendalikan oleh Sr. Lilian Unsoh selaku pembantu penasihat rohani KBK membawa setiap ahli dalam mengenali diri sendiri dan tujuan pelayanan sebagai seorang KBK. Setiap ahli KBK diminta untuk melukis buah kegemaran dan menulis informasi diri didalam buah itu. Lukisan buah itu kemudian digunting dan akan digunakan dalam penyerahan diri dalam sesi “Tuhan Saya di sini”. Ranting – ranting kering yang kosong kemudiannya di warnai dengan lukisan buah – buah setiap individu.
Sr. Lilian (FSIC) menyampai renungannya melalui LCD projector
Selepas sarapan pagi bersama, Fr. Paul Lo (Penasihat Rohani KBK) memulakankan sesi nya dengan mengupas maksud disebalik KBK dalam “Our Identity – why Apostolate?” Pengupasan ini sangat bermakna dan penting kepada ahli KBK kerana ia membawa kepada pergertian “kerasulan” dan implementasinya dalam pelayanan ahli KBK.
“Rasul – Orang yang diutus demi satu misi dalam menyebarkan sabda Tuhan dan membawa perdamaian…”
Fr. Paul Lo juga mengongsikan bahawa pembentukan iman dalam kerasulan adalah berterusan dan setiap yang menjadi rasul Yesus perlu mempunyai hubungan yang intim dengan Tuhan seperti mana Tuhan kepada rasul-rasulnya. Hubungan Yesus dangan rasul-rasulnya dapat dapat dilihat dalam Yohanes 15.
Fr Paul Lo mengongsikan bahawasnya “Yesus tidak menganggap rasul-rasulnya hamba kerana hamba tidak mengetahui apa tuannya buat, tetapi Yesus menganggap rasul-rasulnya sahabat kerana tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya”. Maka dengan ini ahli – ahli KBK juga perlu mempunyai hubungan serupa dengan Yesus.
Fr Paul Lo meneruskan pengonsiannya dalam sesi “Saya & Tuhan”. Sesi ini lebih kepada hubungan ahli KBK dengan Tuhan. Dalam topik ini ahli-ahli KBK diminta untuk melukis gambaran keadaan diri ahli KBK dan bagaimana hubungannya dengan Tuhan. Setiap kami menghasilkan gambar yang berbeza dan maksud gambaran yang berlainan.
Bell sedang menyampaikan ilustrasi nyamuk yang megah hidup dari darah orang
Di sebelah petangnya sesi diteruskan dengan input “Saya & Kamu” yang disampaikan oleh saudara Bell. Dia memulakan “bagaimana orang lain membentuk diri kita sendiri sejak dari bayi hingga dewasa”. Seterusnya bagaimana individu di dalam injil saat terakhir Yesus di salibkan di selamatkan dan individu tersebut mampu memberi sesuatu pengajaran kepada manusia hari ini“. Seterusnya saudara Bell menerangkan mengenai perhubungan dan keterbukaan hati. Beliau juga mengongsikan lima peringkat keterbukaan hati:
Tahap 5: basi-basi
• Hi, apa khabar, selamat pagi, di manakah…?
• Wah cantik, tahniah, angguk, senyuman dan sebagainya yang spontan
Tahap 4: bercerita mengata orang lain atau menghakimi
• Humor, saling berkenalan, menceriakan suasana.
• Sikap terus melindungi diri.
Tahap 3: menggunakan mental memberi pendapat
• Mula terbuka, bersedia menjalinkan hubungan.
• Sikap mula memberitahu siapa dirinya
• Teori, akal, besepakat atau bercangah.
Tahap 2: keterlibatan emosi dan mental.
• Reaksi perasaan adalah ketawa, cemburu, malu, marah, sedih, gembira, suka dan duka.
• Perhubungan tim, kumpulan, pasukan, komuniti atau suami isteri akan menghadapi cabaran.
Tahap 1: Puncak (sikap diri yang sebenar)
• Sejati, saling menerima, kelemahan dan kelebihan.
• Pengorbanan sesama (kasih Kristus)
• Perhubungan intim, erat dan mesra.
Akhir sekal, saudara Bell mengajak merenungkan peranan pelayan belia sebagai komunikator iman, pengharapan dan cinta kasih.
Fr Paul Lo pada awal rekoleksi menekankan pembentukan iman yang berterusan dan perhubungan boleh diperbaiki dan dirapatkan dalam cinta kasih Tuhan.
• Hi, apa khabar, selamat pagi, di manakah…?
• Wah cantik, tahniah, angguk, senyuman dan sebagainya yang spontan
Tahap 4: bercerita mengata orang lain atau menghakimi
• Humor, saling berkenalan, menceriakan suasana.
• Sikap terus melindungi diri.
Tahap 3: menggunakan mental memberi pendapat
• Mula terbuka, bersedia menjalinkan hubungan.
• Sikap mula memberitahu siapa dirinya
• Teori, akal, besepakat atau bercangah.
Tahap 2: keterlibatan emosi dan mental.
• Reaksi perasaan adalah ketawa, cemburu, malu, marah, sedih, gembira, suka dan duka.
• Perhubungan tim, kumpulan, pasukan, komuniti atau suami isteri akan menghadapi cabaran.
Tahap 1: Puncak (sikap diri yang sebenar)
• Sejati, saling menerima, kelemahan dan kelebihan.
• Pengorbanan sesama (kasih Kristus)
• Perhubungan intim, erat dan mesra.
Akhir sekal, saudara Bell mengajak merenungkan peranan pelayan belia sebagai komunikator iman, pengharapan dan cinta kasih.
Fr Paul Lo pada awal rekoleksi menekankan pembentukan iman yang berterusan dan perhubungan boleh diperbaiki dan dirapatkan dalam cinta kasih Tuhan.
Dalam Misa Kudus pada malamnya, Fr Paul Lo dalam homilinya mengongsikan misi Yesus yang mana berkait dengan tema minggu itu iaitu “Baptism of the Lord”.
Dalam homilinya dia mengatakan misi awal Yesus adalah pembaptisanNya di Sungai Yordan. “Melalui sakramen pembaptisan kita menjadi anak-anak Tuhan”.
Beliau juga menambah “ Kita dipanggil untuk mengasihi sesama seperti mana kita mengasihi diri sendiri. Dalam pembabtisan juga kita dibaharui dan diciptakan menurut gambaran Tuhan dan kita perlu membawa kasih Tuhan kepada belia yang sesat.
Sejurus selepas misa kudus “The Night is still Young” iaitu acara suka –suka berlansung. Di sesi ini kami mengambil kesempatan ini untuk merapatkan lagi silaturahim sesama kami dengan acara ‘BBQ’, makan sambil bercerita dan bersukaria dengan beberapa umat St. Paul, Ulu Dusun. Di sini kami bernyanyi, bermain sambil bertukar-tukar pendapat sesama kami. Pada awalnya kami adalah ‘stranger’ kini kami adalah keluarga.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Anna Peter Amandus selaku koodinator KBK Sandakan
Rekoleksi diakhiri dengan mesyuarat KBK yang ke-2 dan rekoleksi akan datang akan diadakan di St. Martin, Telupid pada 11 Julai 2010.
Kawasan Retreat Center
“Taken, Blessed, Broken and Share”
No comments:
Post a Comment