Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label REKOLEKSI. Show all posts
Showing posts with label REKOLEKSI. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Rekoleksi Pertama Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan


Rekoleksi Kerasulan Belia Keuskupan yang diadakan pada 8-10 Januari 2010 di Pusat retret Keuskupan sandakan adalah merupakan aktiviti pertama selepas penubuhannya pada 3 Oktober 2009 yang lalu. Rekoleksi ini diadakan khusus buat pewakilan-perwakilan belia dari paroki St Mary, Sandakan, paroki St. Martin, Telupid, Paroki St Dominic, Lahad Datu dan Holy Trinity, Tawau yang merupakan ahli dalam Kerasulan Belia Keuskupan (KBK).

Tujuan utama adalah untuk mengenali ahli-ahli tim secara peribadi dan kerohanian agar dapat berjalan seiring dalam pelayanan sebagai Kerasulan belia untuk belia dalam Diosis Sandakan dan juga di paroki masing-masing.


Memulakan Rekoleksi dengan doa senyap dan cahayalilin untuk negara


Tuesday, January 5, 2010

Rekoleksi Untuk Jururawat dan 'Health Care Worker'

Fr Peter Kim SJ dan Sr Lilliana fsic bersama para peserta

Sandakan : Pada 12hb Disember 2009 bertempat di Bangunan Kateketikal Fr Mulders telah diadakan rekoleksi untuk jururawat dan health care workers bermula dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Agnes Gaduka, selaku Pengerusi Catholic Nurses' Guild, Katedral St Mary amat berterima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan penyertaan dari kalangan bukan jururawat iaitu 'health care workers'.


Tujuan rekoleksi, menurut Agnes adalah untuk merekrut ahli baru dan menyeru ahli yang sedia ada supaya aktif menyertai aktiviti-aktiviti kesatuan dari semasa ke semasa.

Sr Lilliana Gubod fsic, penasihat rohani, telah menyampaikan sesi ceramah bertajuk kejururawatan sebagai panggilan dan merujuk kepada petikan Mk: 10:46-52.

'Jururawat bukan hanya memberi 'health care' tetapi juga 'spiritual care', kata Sr Liliana fsic.


Fr Peter Kim yang bertugas di Major Seminari Yangon, Myanmar yang kebetulan berada di Sandakan, dalam ceramahnya menyentuh mengenai tugas jururawat mencontohi pengorbanan Yesus Kristus, bersifat belas kasihan (compassion), penuh dengan kasih sayang (love) yang akan membawa penyelamatan (salvation). Jururawat, menurut Fr Kim, diumpamakan sebagai 'wounded healer.'

Para peserta berpeluang menonton tayangan video 'silence scream' yang mempamerkan betapa kejamnya pengguguran bayi yang dilakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan, suatu tindakan yang bertentangan dengan misi penyelamatan.

Rekoleksi berakhir dengan misa kesyukuran di Chapel St Mary.


oleh : SN Easther Yap

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent