Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 11, 2010

Komiti Katekatikal St Dominic 2010-2012 dibentuk

Lahad Datu : Pertemuan katekatikal Paroki St Dominic telah diadakan di Bilik Mesyuarat MPP pada hari Ahad, 10hb Januari 2010.

Para katekis bersama Fr Simon dan Sr Veronica fsic

Pertemuan yang bertujuan untuk membentuk Komiti Pusat Katekatikal ini telah dihadiri oleh 23 orang katekis yang terdiri daripada wakil-wakil setiap komiti seperti IKK, IKD dan PMG.


Fr Simon mengesahkan undi

Turut serta dalam pertemuan ini ialah paderi paroki St Dominic, Rev. Fr. Simon Kontou, Sr.Veronica fsic dan wakil MPP iaituTeodulfo Rosalia Jr.

Melalui proses pengundian, berikut adalah nama-nama AJP Komiti Pusat Katekatikal Gereja St Dominic bagi sesi 2010-2012.

Pengerusi : Mary Clare Teneros
Tim. Pengerusi : Yakobus Palea
Setiausaha : Rosemary Legada
Bendahari : Jocelyn Fiesta

‘Terima kasih atas pemilihan ini. Saya memohon sokongan dari semua ahli untuk memberi kerjasama agar dapat sama-sama menghadapi dan menyelesaikan sebarang masalah dalam isu katekatikal di Paroki St Dominic’ ucap Mary Clare Teneros, selaku Pengerusi Komiti Pusat Katekatikal yang baru.

Setinggi-tinggi penghargaan drp Sr Veronica fsic

Sebelum pertemuan berakhir, Sr.Veronica fsic mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Semoga semua katekis semakin menghasilkan buah yang lebat dalam pelayanan di ladang Tuhan.

Laporan : Arjean Aveanue
Gambar : Shirley Yong (SOCCOM)

1 comment:

  1. Dear Mary and all members of the SDC Catechetical Committee, together you had responded to the call of our Lord, Jesus Christ. Congratulations! We, as baptized Catholics are duty bound to continue the mission of Christ in bringing the good news to others, both in words and deeds.
    May you mold the young entrusted to you that they may be strongly rooted in our Catholic faith. God bless you all.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent