Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 7, 2010

Pelayan Koir SDC adakan jamuan kesyukuran

Gambar bersama Sr Veronica fsic dan Sr Jane fsic


Lahad Datu - Koir Pusat Gereja St Dominic telah mengadakan satu jamuan kesyukuran bagi semua pelayan koir bertempat di dewan Gereja St Dominic pada 3hb Januari 2010.


Hampir 40 orang pelayan koir telah hadir ke jamuan ini yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti pertukaran hadiah, beberapa permainan kumpulan, nyanyian dan sebagainya.

Marilah kita berdoa...

Jamuan makan
Antara yang hadir pada jamuan itu adalah Sr Veronica fsic, Sr Jane fsic dan seminarian Martin Steven serta saudara Teodolfo Rosalia selaku penasihat Koir Pusat.

Teodolfo Rosalia

"Koir tidak pernah sempurna dalam nyanyian, tetapi dikumpulkan untuk mencantikkan lagu dengan nyanyian mereka" kata saudara Teodolfo dalam ucapannya.

Aktiviti seumpama ini menjadi aktiviti tahunan Koir Pusat sebagai tanda kesatuan dan untuk mengeratkan hubungan di antara pelayan-pelayan koir.

Maria Goretty Peter Amit

"Semoga kita dapat terus bekerjasama menyanyikan lagu-lagu pujian bagi Tuhan pada masa akan datang" kata saudari Maria Gorrety Peter Amit selaku koir master Gereja St Dominic.

Shirley Yong, SOCCOM SDC

1 comment:

  1. Tahniah kepada semua pelayan koir St Dominic, Lahad Datu. Jamuan kesyukuran yang diadakan merupa langkah positif membawa belia bersatu. Tenaga belia, jika digabungkan 'can do wonders' untuk Gereja. Teruskan usaha kalian dalam pelayanan demi Yesus Kristus.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent