Lahad Datu, 27 Dis 2009 -Buat pertama kalinya "reunion" bekas pelayan koir Bahasa Inggeris dan komuniti Filipina, Gereja St Dominic disambut dengan meriah di sebuah restoran di Fajar yang terletak tidak jauh dari Gereja.
Ramai di antara mereka yang hadir telah melayani sebagai pelayan koir sejak tahun 90-an dan ada yang masih giat aktif melayani di gereja.
Terdapat 35 orang yang datang dari Semenanjung Malaysia , Sarawak, Labuan dan seluruh pelusuk Sabah menghadiri aktiviti ini. Walaupun dari jauh, mereka sudi meluangkan masa mereka untuk berkumpul bersama merayakan hari Krismas serta menyambut Tahun Baru 2010.
Permainan seperti tarian surat khabar, rebut kerusi dan "Star of the Night" telah diadakan dan hadiah-hadiah menarik disampaikan kepada pemenang-pemenang permainan tersebut.
Sr Rose Hiu fsic dan seminarian Marthin Steven adalah tetamu undangan khas bagi majlis malam tersebut.
'Belia di Gereja St Dominic adalah sangat unik kerana semua bangsa seperti Filipina, Cina, KadazanDusun , Indonesia dan sebagainya boleh bersatu dengan teguh dalam pelayanan' kata Sr Rose, fsic.
Sr Rose fsic turut menyampaikan cenderakenangan kepada penderma-penderma bagi aktiviti ini.
Nyanyian lagu "Joy to the World" dinyanyikan oleh pihak penganjur bersama-sama Sr Rose fsic sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan dalam menyambut kelahiran Yesus Kristus.
Shirley Yong SOCCOM SDC
The beauty of the gathering is to cherish with much gratitude the past. The gathering will make us appreciate the moment of coming together and to look beyond with confidence the future. The Church esp St Dominic needs all of you to contribute your talents to build up the body. Come and share your talents with the community during this time of fund raising campaign. Your commitment to walk with Fr Simon and Fr Jasery will eventually realize the target SDC had set. God bless you all. Selamat tahun baru.
ReplyDelete