Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, January 12, 2010

Pendaftaran murid-murid PMG

Paulus Salin (sedang berdiri berbaju merah) memerhatikan proses pendaftaran berjalan.


Sulpicius Simen, Aspirant yang sedang bercuti turut datang membantu.


Sandakan : Proses mendaftar murid-murid baru PMG Bahagian Bahasa Malaysia Katedral St Mary, pimpinan Paulus Salin telah berlangsung di Pusat Katekatikal Fr Mulders pada pagi Ahad, sebaik sahaja selesai misa kudus, Januari 10hb, 2010.

Pembimbing-pembimbing PMG yang kesemuanya merupakan sukarelawan telah menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam proses mendaftar murid-murid yang baru dan pendaftaran semula bagi murid-murid yang lama.



Sr Liliana Gubod, fsic meluahkan akan kekurangan tenaga pengajar terutamanya untuk kelas IKK. Beliau menyeru kepada para ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas tersebut agar dapat menyumbang tenaga sebagai pengajar samada di kelas PMG mahupun IKK.



Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan murid PMG di Katedral hampir mencecah 900 orang dengan 540 orang (60%) dalam bahagian BM yang dipimpin seramai 12 orang guru.


" Bilangan murid yang mendaftar amat memberansangkan namun kekurangan tenaga pengajar akan membawa sedikit kesan terhadap proses pembelajaran nanti. Oleh yang demikian, saya memanggil kepada individu-individu yang berdedikasi dan berkemampuan untuk menyumbang ilmu terutamanya kepada para ibubapa dan guru-guru sekolah serta yang berpengalaman dalam bidang pendidikan untuk tampil ke hadapan demi masa depan iman yang teguh kanak-kanak Kristian Katolik," kata Sr Liliana.


2 comments:

  1. Isu kekurangan tenaga pengajar dalam kelas katekesis PMG di Katedral St Mary, Sandakan harus diberi perhatian yang serius. Sebagai umat yang telah dibaptis, tanggungjawab kita adalah meneruskan misi Yesus, menyebar luas khabar gembiraNya. Seruan Yesus, lantang dan jelas. Namun, Yesus menyeru lagi, 'Siapa akanKu panggil!!

    ReplyDelete
  2. hmm....rsanya sy tringin mau try buat pelayanan mnjadi pngajar anak2 nie...tp sy rsa sy xda pngalaman...huhu~

    ReplyDelete

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent