Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 13, 2009

Ulangtahun Pentahbisan Ke-31 Fr Thomas Makajil


SANDAKAN: Perayaan Misa Kudus sempena menyambut Ulangtahun Pentahbisan Imamat Rev. Fr. Thomas Makajil yang ke-31 telah berlangsung di Katedral St. Mary pada Khamis, 12hb November 2009.

Hampir 200 umat beriman Katedral St. Mary hadir dalam jamuan makan malam diraikan bersama Bapa Uskup Rt. Rev. Julius Dusin Gitom, Rev. Fr Paul Lo, Sr. Lilian fsic, Sr. Liliana fsic serta ahli Majlis Pastoral Paroki yang diadakan di Sandakan Recreation Club (SRC).


Dalam aturcara majlis makan malam tersebut pihak penganjur turut menyediakan 'Slide Show' yang mempaparkan gambar-gambar perjalanan hidup imannya.

Berasal dari Penampang, Fr Thomas memasuki 'Preparatory Seminary' di Kota Kinabalu pada 1970 dan pada 1971 dia dihantar ke Seminari Singapura. Dia bekerja selama 3 tahun dan selepas itu meneruskan pelajarannya di Seminari Pulau Pinang. Dia ditahbiskan menjadi paderi di Gereja St Michael, Penampang pada 11hb November 1978.

Dia ditempatkan di Gereja Holy Trinity, Tawau sebaik sahaja ditahbiskan sebagai paderi sehingga 1980. Sepanjang pelayanannya, dia pernah bertugas di Gereja St Michael ,Penampang, Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu, St Catherine, Inanam, St Valentine, Beaufort, St Patrick, Membakut, St Peter, Bundu, St John, Sipitang, St Theresa, Tambunan, St Joseph, Papar, Holy Rosary, Limbahau, St John, Tuaran dan kini sebagai rektor Katedral St Mary, Sandakan.

Dia memperolehi Licentiate in Theology dan Master of Art in Theology dari Royal Pontifical University of St Thomas, Manila pada Ogos 2000. Pernah menjadi associate editor Catholic Sabah.


"Saya berasa gembira dan bersyukur kerana masih dapat melayani dan akan terus berjuang dengan harapan dapat merealisasikan impian Diosis. Semoga para muda-mudi dapat menyahut panggilan Tuhan untuk menjadi paderi dan religius. Saya juga harap KKD dapat diwujudkan dengan menyeluruh di paroki St Mary selari dengan halatuju Diosis ", kata beliau semasa ditemubual.

Cynthia sedang menemubual Fr Thomas

Beliau turut berkongsi perasaan terharu dan gembiranya selama pelayanan yang penuh suka dan duka sepanjang 31 tahun. Hasratnya ialah melayani tanpa mengenal penat lelah dengan penuh cintakasih, dedikasi, mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan bahasa.

Annie Rokneh, selaku Ketua Penyelaras Kerasulan Wanita Diosis penuh keyakinan bahawa pelayanan bersama Fr Thomas dalam membina kerajaanNya akan dapat dilaksanakan melalui kerjasama yang rapat dengan semua pihak sebagai satu komuniti yang besar.


Artikel oleh Cynthia dan foto oleh Bell

1 comment:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent