Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 24, 2009

Majlis Penutupan PMG Sesi 2009

LAHAD DATU, 15hb Nov 2009 (Sabtu)- Pertemuan Minggu Gembira Bahasa Melayu (PMG) St. Dominic telah mengadakan satu program Penutupan PMG bagi sesi 2009 yang telah berlangsung di Borneo Paradise, Lahad Datu pada 14hb – 15hb Nov 2009.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar dengan katekis dan sesama. Ia juga dapat memupuk kerjasama antara satu sama lain di samping memupuk semangat keberanian dan keyakinan para pelajar PMG agar dapat menonjolkan lagi bakat mereka yang terpendam.

“Penutupan PMG ini bukan bermakna kamu tidak perlu lagi pergi ke gereja, tetapi kamu harus terus rajin ke gereja dan menyambung pembelajaran kamu pada tahun depan”, kata Rev. Fr. Simon Kontou selaku Paderi Paroki St. Dominic dalam ucapannya selepas mengadakan Misa Kudus di sini semalam.

Seramai lebih kurang 160 peserta termasuk pelajar dan pembimbing telah meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai program yang telah disediakan oleh pihak penganjur itu sendiri. Antara acara yang berlangsung adalah seperti kuiz Alkitab, mencari harta karun, sukaneka dan konsert bakat.

“Saya dapat mengambil peluang ini untuk berkenalan dengan lebih ramai lagi rakan baru”, kata Reeyon Bryan, salah seorang peserta dari kelas 5.

“Saya merasakan ada kesatuan antara pembimbing dengan para pelajar melalui program ini”, kata Bernardita Roble, pembimbing kelas penguatan yang juga mengikuti program ini. Program berakhir selepas doa pagi dan senaman pagi.

Julie Hendrikus
SOCCOM
SDC
Lahad Datu

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent