Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 18, 2009

LAGU PRESIDIUM RATU PENGASIH WAKIL KE KOTA KINABALU

SANDAKAN: Ahad, 14hb November 2009, Legion of Mary (LOM) Presidium “Ratu Rosari Bonda Penaung”, memperingati satu tahun penubuhan Kuria Bahasa Malaysia dengan mengadakan retret sehari di Bangunan Fr Mulders.

Fr Thomas Makajil, paderi paroki Katedral St Mary, Sandakan dalam ceramah beliau mengatakan bahawa:

  • Tugas utama LOM membantu Gereja kerana telah diiktiraf sebagai komuniti pertama dalam karya penginjilan.

  • Ahli LOM harus menggambarkan sikap kristiani dalam apa jua kegiatannya dengan mendukung ciri-ciri ditunjuk oleh keperibadian Bonda Maria selaku penaung dan para tentera Romawi kuno.
Fr Marcellinus Pongking, paderi paroki Gereja St Martin juga selaku pembimbing rohani LOM Keuskupan Sandakan dalam isi ceramahnya berkata bahawa:

  • Penginjilan melalui LOM adalah satu cara Pembaptisan yang bukan sahaja membawa erti mengkatolikkan atau mengkristiankan tetapi juga sebagai mentobatkan, menghibur serta menyembuhkan.

  • Pembaptisan dari segi ini tidak terbatas kepada Kristian Katolik yang tidak lagi ke gereja atau berkomuniti, yang belum beragama, Kristian dari dominasi lain dan agama lain kerana ahli LOM berpegang kepada prinsip bahawa setiap insan berhak untuk hidup gembira, damai serta sukacita.

9 ahli percubaan daripada Presidium Ratu Takhta dan Ratu Pengasih melafazkan janji taat setia dan komitmen sebagai ahli tetap LOM sewaktu Misa Kudus penutupan bertempat di Chapel Katedral St Mary.


Acara kemuncak, pertandingan mencipta lagu Bonda Maria, menampilkan 8 buah lagu. Dua daripada komiti bukan LOM iaitu Komuniti Kristian Dasar (KKD) Merak dan Secular Franciscan Order (SFO) turut mengambil bahagian.


Keaslian melodi atau irama dan lirik yang menarik dari lagu bertajuk “Bonda Maria Ratu Rosari Ibu Penaung” yang dicipta oleh Presidium Ratu Pengasih telah terpilih sebagai lagu terbaik. Lagu ini akan dipertandingkan di peringkat Komisium di Kota Kinabalu pada 28hb November 2009.


Oleh Adaris Moses Sintan (AMS)

Presiden Kuria BM

Katedral St Mary, Sandakan

2 comments:

  1. saya tertanya-tanya, semenjak Konsili Vatikan II, ajaran Gereja ttg Kebenaran Gereja Katolik seperti sudah kurang ditekankan. Nampaknya, Gereja kita kini sudah memandang bahawa agama lain juga boleh membawa penyelamatan....*betulkan saya sekiranya idea ini salah*...seolah-olah berlawanan dengan ajaran Gereja yang telah diisytiharkan sebelumnya, "extra ecclesia nulla salus", diluar Gereja takkan ada penyelamatan...

    Jika ada siapa-siapa yang pakar tentang hal ini, bolehkah kiranya jika anda menjawab persoalan ini:

    i) adakah Gereja Katolik, semenjak Konsili Vatikan II, mula memandang agama lain juga boleh menyelamatkan jiwa seseorang manusia itu? Sekiranya benar pernyataan tersebut, bukankah ini bermaksud menganuti agama apa pun sama saja, kerana semuanya boleh dipakai Tuhan untuk karya penyelamatanNya?

    ii) sekiranya pernyataan saya dlm soalan (i) itu salah, bagaimanakah kiranya kedudukan Gereja Katolik zaman sekarang dalam misi penginjilannnya? Apakah kita masih dengan ketegasan Gereja terdahulu, bahawa hanya Gereja Katolik yang boleh membawa penyelamatan?

    Sekali lagi, saya amatlah berharap soalan saya ini boleh dijawab oleh siapapun yang pakar dalam hal ini. Untuk pengetahuan, saya sungguh suka membaca Dokumen Konsili Vatikan II, terutamanya Lumen Gentium dan cuba mencari-cari sebab mengapa segelintir Katolik Tradisional menolak Vatikan II.

    Bene facis. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. saudara,
    Haelius...Hailey...Hai Li... terima kasih atas kunjungan dan sokongan saudara ke blog newsupdate diocese of sandakan. Kami mohon maaf, buat sementara waktu ini pihak kami belum bersedia dari segi masa maupun rujukan2 untuk mendiskusikan persoalan tersebut.Lebih baik saudara ajukan atau cari jawaban persoalan tersebut di web-web apologetik Katolik seperti:

    http://www.imankatolik.or.id/f.php?f=index1.html
    http://ekaristi.org/index.php

    Buat sementara ini kami lebih tertumpu kepada berita terkini Diosis sandakan. terima kasih.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent