Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 28, 2009

Program Kepimpinan dan Motivasi Belia



Para peserta bersama Fr Simon

Lahad Datu - Pertama kalinya Team Pelayanan Belia KUK Felda telah menganjurkan "Program Kepimpinan dan Motivasi Belia KUK Felda dan St Gabriel Tungku" dengan bertemakan "Membentuk komuniti Di Mana Impian Yesus Terlaksana".

Sebahagian para peserta
Program ini diadakan di rumah ibadat Felda pada 21 Nov - 22 Nov 2009 dan seramai lebih kurang 50 belia yang berusia 11 tahun ke atas daripada KUK Felda dan Tungku mengikuti program ini.
Saudara Teodulfo Rosalia dari paroki St. Dominic adalah peceramah jemputan bagi program ini dan dibantu oleh beberapa ahli Team Pelayanan Belia Paroki.
Dalam program ini, peserta digalakkan untuk lebih banyak membuat renungan pada Injil Yesus Kristus. Dalam ceramah beliau, saudara Teodulfo juga banyak menyentuh tentang pelayanan sebagai seorang belia di gereja.

Beliau juga menggalakkan para belia untuk menjadikan program ini sebagai titik permulaan mereka dalam pelayanan mereka dan jangan takut untuk melayani.

Saudara Fabian Atong, pengerusi KUK Felda berpesan kepada Team Pelayanan Belia KUK Felda agar program seumpama ini dapat diadakan lebih kerap agar belia di KUK Felda dapat bertumbuh dalam pelayanan mereka.
Penyampaian cendera penghargaan kepada saudara Teodulfo dan wakil TPBP disempurnakan oleh saudara Fabian. Rev Fr. Simon Kontou menutup program ini dengan harapan setiap belia dapat bertumbuh dalam iman Yesus Kristus.
Laporan : Udin @ Kerulus
Gambar : Shirley Yong.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent