Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 4, 2018

SPY CAMP II

Gambar kenangan bersama Rev. Fr. Philip Muji, Paderi Paroki Beluran
ULU DUSUN - Program St Paul Youth (SPY) Camp merupakan program belia yang baru sahaja diwujudkan pada tahun lalu (2017). Pada tahun ini, SPY Camp telah dijalankan pada 17-19 Ogos 2018 yang lalu dan merupakan penganjuran kali ke-2. Tema kem diambil dari 2 Timotius 1: 7, "Sebab Allah memberikan kepada kita bukan Roh ketakutan, melainkan Roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban." 

Program ini lebih tertumpu kepada belia yang berumur 13-19 tahun sahaja. Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada belia muda dalam kehidupan melayani antara sesama, baik dalam gereja dalam mahupun luar gereja disamping melahirkan generasi serta pelapis pelayan umat yang seterusnya dengan  harapan mempunyai sifat kepimpinan yang baik sesuai dengan kehendak-NYA. 

Gambar kenangan bersama - sama peserta dan tim penganjur SPY Camp
Penyertaan bagi program ini telah adalah dihadkan hanya kepada 30 peserta agar lebih tertumpu kepada kualiti daripada kuantiti. Penyertaan pada tahun ini adalah seramai 23 peserta termasuk dari penyertaan gereja St. Anthony Bukit Garam, St. Emmanuel Jaya Bakti dan Our Lady of Fatima (Olof), Beluran. Bagi tim penganjur pula ada seramai 24 orang yang kebanyakkannya merupakan peserta SPY CAMP yang pertama (2017). Semoga melalui program ini, ianya dapat membantu belia untuk terus dan terus melayani diladang-Nya. 

Puan Alice Tan menerima cenderakenangan sebagai salah satu penyampai sesi dari Tim Penganjur SPY CAMP

Gambar kenangan bersama Puan Alice Tan
Anna Teresa dan tim (Fradely Brandon Amigo dan Lydiana Kantiu) menerima cenderakenangan sebagai salah satu penyampai sesi dari tim penganjur

Gambar kenangan bersama Anna Teresa dan tim

1 comment:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent