Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 1, 2018

"Dia yang bernyanyi adalah berdoa dua kali" ~ Pesta Koir Paroki St. Dominic

Laporan oleh : Mazdollyna Majalin
Foto oleh : SOCCOM Lahad Datu


LAHAD DATU - Pada 5 Ogos 2018 yang lepas, Gereja St. Dominic telah mengadakan Pesta Koir peringkat paroki St Dominic. Seramai 700 umat turut serta dalam pesta ini. Umat memenuhi ruang dewan terbuka St. Dominic untuk bersama-sama bangkit ke arah menghidupkan Misi Gereja serta bersatu di dalam iman Katolik. Tema Pesta Koir pada kali ini cukup menghidupkan aura iman katolik iaitu, ‘Dia yang menyanyi adalah berdoa dua kali’. 
Turut hadir menjayakan pesta ini adalah Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, paderi paroki Fr. Simon Kontou dan Fr. Marcellinus Pongking.
Pesta koir pada kali ini berjaya mendapat sambutan penuh dari umat yang bersemangat di dalam cintakasih terhadap Yesus Kristus yang ditonjolkan melalui nyanyian-nyanyian koir. Selain itu, pihak penganjur juga berharap sedikit sebanyak dapat berjalan bersama dalam mengumpul dana bagi tabung Gereja dengan adanya anjuran seperti ini.
Upacara dimulakan dengan beberapa persembahan tarian dari Komuniti Pastoral Filipino (FPC), Tarian Belia Tukad dan Tarian dari Belia KPI dalam mewarnai pentas terbuka Gereja. 
Johan bagi Pesta Koir 2018 disandang oleh St. Peter, Kunak
Naib johan ialah KKD Maria Ratu Damai, Kg Langsat
Antara 7 Kumpulan memberikan persembahan yang cukup menarik adalah Outstasi St Joachim Tampenau, Outstasi St Gabriel Tungku, KKD St Christopher Taman Warisan, KKD St Simon Putatan, KKD Maria Ratu Damai Kg Langsat, Outstasi St. Peter Kunak dan Outstasi Our Lady of Fatema, Silam. 
Tempat ketiga dimenangi oleh KKD St. Simon, Putatan
Tempat keempat oleh  Outsasi St Joachom, Tampenau
Pertandingan persembahan koir pada tahun ini merupakan antara acara yang dinantikan oleh para umat kerana melalui pesta ini kesatuan para umat Katolik dapat dibina dan dikukuhkan lagi melalui lagu persembahan dan kreativiti umat untuk bangkit bersama dalam meninggikan nama Yesus Kristus.
Tempat kelima iaitu Our Lady of Fatema, Silam
Saat yang paling dinantikan oleh para peserta iaitu pengumuman akan pemenang persembahan koir dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderahati kepada para juri. 
Pesta ini telah berjalan dengan jayanya atas kerjasama dari pelbagai pihak termasuk jasa yang diberikan oleh pihak penganjur. Keimanan para umat yang semakin memuncak adalah sesuatu yang dapat dicontohi untuk acara yang bakal berlangsung di masa hadapan. Semoga melalui persembahan koir kali ini, para umat Gereja sentiasa berdoa dua kali dalam menghidupkan lagi iman Gereja Katolik.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent