Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St. Peter |
Sandakan - Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St. Peter sekali lagi telah menganjurkan program lawatan yang dinamakan sebagai Journey Of St Mark and St Peter's Youth (JOMPY) pada 16 September 2018 bertempat di Kapela Holy Family, Sapi Nangoh di bawah naungan Paroki Telupid. Lawatan ini merupakan lawatan kali kelima sejak dianjurkan. Seramai 20 orang Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St. Peter telah menyertai lawatan ini.
Pada dasarnya, program JOMPY bertujuan untuk menjangkau belia-belia dari luarstasi untuk membina perpaduan melalui persahabatan dan memupuk semangat pelayanan belia selaras dengan seruan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan untuk menjadi sebuah “Komuniti Berpusatkan Kristus Melayani Sesama dengan Kasih”
Sesi Ice Breaking |
Sesi Pujian dan Penyembahan |
Program dimulakan dengan ice breaking dan disusuli dengan sesi pengenalan ‘siapa kami’ Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St. Peter. Saudara Janarius telah mengongsikan sedikit maklumat mengenai program JOMPY ini. Program ini sudah beberapa kali diadakan namun merupakan yang pertama kali diadakan di luarstasi iaitu di Kapela Holy Family. Sesi diteruskan lagi dengan ‘Mengapa kami di sini?’ oleh Saudara Alday. Beliau menjelaskan bahawa “belia harus berjalan bersama dan jangan menganggap ianya hanya perkataan sahaja. Belia harus menyingkirkan pemikiran yang hanya melayani pada pelayanan tertentu sahaja. ‘Berjalan bersama’ itu tiada faktor halangan usia, harus berfikiran terbuka dan menyingkirkan sifat sifat ego dalam diri. Belia haruslah lebih fokus kepada fikiran yang berpusatkan Kristus.
Saudara Januarius dalam sesi Pengenalan |
Saudara Alday dalam sesi "mengapa kami disini?" |
Pembahagian Kumpulan |
Penyerahan cenderakenangan kepada belia Kapela Holy Family |
Gambar kenangan bersama - sama |
No comments:
Post a Comment