PAITAN - Pada 23 sehingga 26 Ogos 2018 yang lalu, seramai 78 belia termasuk tim penganjur telah mengikuti Kem Pelayan Altar yang telah dianjurkan buat pertama kalinya. Kem ini telah diadakan di Gereja St Francis of Asisi, Kampung Sukang Paitan dan penyertaan adalah dari sebelas (11) chapel di bawah penyeliaan Misi Paitan.
"Melayani Sesama dalam Kasih Allah" merupakan tema bagi kem ini. Objektif penganjuran adalah seperti berikut:
- Memberi pendedahan kepada belia Misi Paitan kepentingan mengambil bahagian dalam apa juga pelayanan
- mengeratkan hubungan dengan menjalinkan kerjasama di kalangan peserta
- mengalakkan peserta melayani dalam pelayanan Altar
- membentuk belia yang beranni menjadi pelayan Tuhan dan melayani di ladang Tuhan
Para peserta yang sedang mendaftarkan diri untuk Kem Pelayan Altar |
Kem ini telah dimulakan dengan pendaftaran pada waktu petang, seterusnya doa petang diikuti dengan sesi taklimat oleh Rev. Fr. Thomas Makajil. Pada sebelah petang acara suai kenal diadakan sambil ber-BBQ. Pada masa yang sama tag nama diedarkan dan pembahagian kumpulan diadakan. Hari pertama diakhiri dengan doa malam, membersih dewan dan seterusnya kembali ke tempat penginapan masing - masing.
Hari kedua, kem dimulakan dengan misa harian sebagai misa pembukaan penganjuran Kem Pelayan Altar Misi Paitan dan telah dirayakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil. Selepas misa, kem diteruskan dengan Time of Life - pujian dan penyembahan, doa pembukaan dan diikuti dengan sesi yang pertama iaitu Panggilan sebagai Pelayan Altar yang disampaikan oleh Katekis Gabriel JP Lim. Dalam sesi ini, para peserta didedahkan dengan panggilan dan bagaimana melayani sebagai seorang pelayan altar. Selain itu mereka juga dikongsikan dengan panggilan bagi lain - lain pelayanan yang sesuai dengan para belia.
Kem pada hari kedua diteruskan dengan sesi kedua yang disampaikan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil iaitu Santo Penaung bagi Pelayan Altar. Peserta diperkenalkan dengan Santo Penaung bagi Pelayan Altar iaitu Santo Tarsisius. Semoga dengan mengenali Santo penaung pelayan altar ini, para peserta akan lebih berminat untuk melayani lebih sungguh sebagai pelayan altar.
Pada sebelah petang para peserta didedahkan dengan pelbagai doa seperti meditasi dan Doa Kerahiman Ilahi. Aktiviti diteruskan dengan Running Servers satu games yang memerlukan peserta untuk menyelesaikan masalah, memberi pendapat dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Games ini bertujuan untuk meneguhkan semangat dalam pelayanan agar tidak mudah berputus asa dalam pelayanan juga dalam kehidupan mereka sehari - hari. Sebelum kembali ke penginapan masing - masing para peserta berdoa Rosari bagi penutup aktiviti petang.
Games:Running Servers |
Doa Taize |
Perkongsian dari peserta semasa Doa Taize |
Pada sebelah malam, peserta dibawa dalam berdoa Taize. Ini merupakan pengalaman yang pertama kali bagi kebanyakkan peserta yang mengikuti kem ini. Mereka amat menyukai doa ini dan berharap agar Doa Taize ini dapat diteruskan.
Pada hari ketiga, aktiviti dimulakan dengan doa rosari dan diikuti dengan Misa harian. Petugas misa harian pada masa itu terdiri daripada para peserta dengan harapan mereka akan terbuka hati untuk belajar terutama sekali tatacara misa. Sesi ke 3 diteruskan dengan tajuk Asas Pelayanan sebagai Pelayan Altar yang telah disampaikan oleh Katekis Gabriel JP Lim. Dalam sesi ini, para peserta didedahkan dengan tatacara Liturgi dalam misa dan tatacara pelayanan pelayan altar dalam misa. Para peserta memberi respon yang sangat baik dan telah mengikuti semua arahan yang diberikan. Semoga melalui pengalaman ini, peserta boleh mengaplikasikannya di chapel masing - masing.
Rev. Fr. Thomas Makajil, sedang menyampaikan sesi |
Perkongsian kumpulan. Kebanyakan peserta adalah perempuan. Mereka berharap agar dapat mengongsikan penglaman mereka di chapel mereka masing - masing |
Sesi seterusnya diteruskan dengan tajuk Alat - Alat Lain yang Digunakan dalam Misa. Semoga melalui sesi 4 yang disampaikan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil, para peserta akan lebih mengenali dan memahami penggunaan alat - alat yang digunakan semasa perayaan Ekaristi. Penambahan kepada sesi 4 adalah sesi 5 yang disampaikan oleh katekis Gabriel JP Lim, iaitu Objek Sakramental yang Lain. Dalam sesi ini, para peserta diminta untuk mengingati semua peralatan yang digunakan semasa perayaan Ekaristi. Sesi ini juga memberi kesempatan kepada para peserta untuk membuat praktikal dalam perjalanan tatacara sebagai pelayan Altar secara berkumpulan.
Kem pada hari ketiga dilanjutkan pada sebelah malam dengan tayangan video sepanjang program dan diikuti dengan pujian dan penyembahan. Kem ini diakhiri dengan perkongsian dari peserta dan AJP. Dalam perkongsian, mereka sangat gembira kerana diberi kesempatan untuk mengalami pengalaman yang baru dan dapat mengenal pelbagai cara untuk berdoa. Bagi peserta kanak - kanak, mereka sangat gembira dan berharap akan melayani sebagai pelayan altar apabila mereka sudah dewasa. Semangat yang ditonjolkan sangat kelihatan terutama sekali apabila arahan diberikan dalam sesi - sesi praktikal. Adalah menjadi harapan agar mereka menjadi pelapis kepada pelbagai pelayanan yang ada di Gereja.
Acara kemuncak pada hari ke-empat semua peserta telah diutus semasa Misa kudus yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil. Dalam Misa Kudus ini, peserta diberikan tugasan dan mereka telah berjaya melakukannya dengan baik sekali. Rev. Fr. Thomas berharap agar satu program dapat diadakan pada tahun hadapan untuk menghasilkan belia yang mampu berfikir secara kritikal dalam apa juga situasi dan mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.
Penyampaian sijil kepada peserta |
Gambar Kenangan Bersama - sama |
Paul Miming Basingan, salah seorang daripada AJP Kem Pelayan Altar, berharap agar dalam penganjuran kem Pelayan Altar ke - 2 tahun hadapan akan dapat membawa para belia untuk rajin belajar untuk melayani di ladang Tuhan dan mampu mengelakkan diri daripada gejala sosial yang semakin berleluasa.
Seorang lagi AJP iaitu Joanna Ayang Joseph (SOCCOM Belia Misi Paitan), berharap agar para belia di Misi Paitan khususnya belia Katolik, akan dapat meneguhkan iman mereka dan terus melayanni Tuhan seturut denga tema Melayani Sesama dengan Kasih Allah. Meskipun tinggal dibahagian pendalaman, para belia tetap dapat merealisasikan tema ini bersama - sama dan menjadikan Ekaristi sebagai sumber pengharapan dalam kehidupan. Semoga ramai belia akan mengikuti program - program di Misi Paitan, kerana masih ramai lagi belia yang belum menyahut panggilan mereka.
Rosemary Ondong Joseph, selaku Pengerusi Penganjur berharap agar para belia di Misi Paitan tidak akan merasa mereka tidak dipeduli, tercicir dari Gereja dan merasa tidak layak melayani Tuhan disebabkan kelemahan mereka yang tidak bersekolah atu tidak diberi pelaung dalam pelayanan. Rosemary berharap supaya, menjadikan kelemahan itu sebagai pencetus semangat untuk belajar sesuatu yang baru dan menjadikan doa sebagai sumber kekuatan dalam pelayanan dan kehidupan sehari - hari. Beliau juga rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi salah satu penganjur dan berharap pada tahun hadapan ramai lagi belia yang akan meyahut panggilan sebagai AJP.
Alice Iling, melayani sebagai penjaga masa bagi Kem Pelayan Altar, sangat gembira kerana diberi peluang untuk mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi oleh para belia di Misi Paitan. Dia berharap agar belia dapat menjalankan hidup mereka dengan kasih Allah dan mengelakkan diri dari gejala sosial yang tidak baik.
No comments:
Post a Comment