Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 20, 2017

YLC IS BACK!

Youth Leaders' Camp atau YLC merupakan satu program peringkat Keuskupan Sandakan yang dianjurkan satu kali dalam setahun khusus bagi memenuhi keperluan jasmani dan kerohanian para pemimpin belia. Program ini telah dimulakan pada tahun 2012 di Paroki Sandakan dan telah diteruskan penganjurannya secara bergilir - gilir antara paroki setiap tahun. 
  • 2012: Paroki Sandakan - Tema: Am I Ready?
  • 2013: Paroki Tawau - Tema: "My Journey Begins...Wake up and Believe!"
  • 2014: Paroki Lahad Datu - Tema: “Go and make disciples of all nations!” (Mat 28:19)
  • 2015: Paroki Telupid - Tema: Berbahagialah orang yang suci hatinya karena mereka akan melihat Allah (Mat 5:8)
  • 2016: Berhenti seketika untuk memberi laluan kepada penganjuran SYD 4.
  • 2017: Paroki Sandakan - Tema: “The Mighty One has done great things for me” (Lk 1:49)
Paroki Holy Trinity Tawau
Kini YLC kembali ke Tawau sebagai tuan rumah bagi penganjuran buat kali ke 6 dan mesyuarat pertama telah diadakan pada 15 September yang lalu bagi 'menghidupkan enjin' persiapan YLC 2018. Antara agenda - agenda yang diketengahkan dalam mesyuarat adalah sejarah YLC, menilai semula evaluasi peserta pada penganjuran yang lalu, pembahagian tugasan dan akhir sekali perkongsian harapan setiap tim yang hadir. Mesyuarat ke 2 akan diadakan pada 19 Oktober 2017 bagi membincangkan lebih mendalam tema, rasional dan objektif YLC kali ke 6 ini. 


Turut serta dalam mesyuarat ini adalah Sr. Lilian Unsoh, fsic dan Sr. Julita Joseph, fsic

Angelic Del Rosario dari Sandakan memperkongsikan pengalaman beliau menjadi salah satu tim penganjur YLC 5 yang lalu

Tim Penganjur YLC 6 2018
Diakhir mesyuarat masing - masing berharap agar setiap ahli akan dapat berjalan bersama sebaik mungkin dalam penganjuran YLC 6 dan membuat yang terbaik demi kemuliaan dan keagungan nama Tuhan. Semoga penganjuran YLC 6 ini sukses seturut rencanaNya!

Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia. Kol 3:23

YLC 6 ....  START YOUR ENGINE!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent