~Tim Dokumentasi Unite Camp 4.0, 2017~
Pada hari ketiga, program dimulakan dengan Misa kudus yang dirayakan di Pondok Meditasi, Puncak Maria. Dalam
homili Fr David telah mengatakan kepada para belia tentang talenta ataupun
bakat adalah satu topik yang sangat menarik kerana setiap diantara kita
mempunyai bakat masing-masing. Bakat itu adalah karunia dari Tuhan. Oleh yang
demikian bakat itu perlu diasah. Dan dalam injil pada hari tersebut jelas
mengatakan bahwa kita harus menggunakan bakat yang diberi itu dengan baik untuk
kemuliaan Tuhan.
Misa di Marian Mount
Selepas
saja menuruni bukit Maria, setiap peserta diminta masuk ke dalam kumpulan mereka
masing-masing serta mengongsikan pengalaman dan perasaan mereka merayakan misa di Puncak Maria.
Sesi
perkongsian oleh Sr Lilian Unsoh, Fsic
Dalam
sesi ini, semua peserta diminta masuk ke kumpulan masing-masing dan
membincangkan dua soalan yang diberikan oleh Sr.Lilian Unsoh, Fsic iaitu “Bahagian
manakah dalam tayangan video hari kedua mengenai Bonda Maria yang
memperlihatkan Bonda Maria sebagai Model Iman” dan” Bahagian manakah yang
memperlihatkan Bonda Maria sebagai Model Rasul”.
Sesi
Perkongsian kedua
No comments:
Post a Comment