Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 13, 2017

TIM KOMISI KERASULAN BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN BERTEMU LAGI!

Lahad Datu – Rekoleksi dan mesyuarat tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan telah dijalankan pada 9 - 10 September 2017. Ini merupakan saat yang senantiasa dinanti - nantikan oleh tim KBK untuk berkumpul dan bertemu. Satu peluang, ruang dan masa bagi setiap ahli tim KBK diperteguhkan dari segi iman, panggilan melayani dan terutama sekali persahabatan antara sesama. Pertemuan pada kali ini diadakan di Paroki St Dominic, Lahad Datu.
"Akan tetapi Ia mengundurkan diri ke tempat - tempat yang sunyi dan berdoa." 
Lukas 5:16

Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan

Berdoa pagi bersama - sama
Rekoleksi pada 9 September 2017 dimulakan dengan doa rosari di hadapan groto Bonda Maria. Doa ini telah dipimpin oleh pemimpin belia dari Paroki Telupid dan Tawau. Selepas sahaja berdoa dan menikmati sarapan pagi, tim KBK bertolak ke Kapela St Edwin, Segama yang terletak kira - kira 15 - 20 kilometer dari pusat bandar Lahad Datu.





Saudara Edwin Kouju
Ketibaan tim KBK telah disambut mesra oleh Saudara Edwin Kouju, iaitu pemilik tanah dimana Kapela St Edwin dibina. Beliau kemudiannya mengongsikan serba sedikit sejarah penubuhan Kapela St Edwin. Kapela ini telah diberkati oleh Yang Mulia Uskup Agung Salvatore Pennachio, perwakilan Apostolik dari Roma yang kebetulan pada masa itu sedang meninjau kesesuaian kawasan - kawasan tertentu sekiranya boleh dijadikan sebagai satu Keuskupan pada tahun 2006.



Sesi disepanjang rekoleksi  ini telah disampaikan oleh Puan Julita Kantod. Beliau bersama suaminya Mario Domingo, sangat giat melayani secara aktif dalam Pelayanan Keluarga di Paroki Tawau dan juga Komisi Keluarga bagi Keuskupan Sandakan. Kehadiran mereka berdua sungguh memberi inspirasi dan suntikan semangat untuk terus melayani.

Dalam rekoleksi ini, tim KBK telah diajak untuk merenung dan mengimbas semula sewaktu mereka menyahut panggilan Tuhan untuk menjadi ahli dalam Komisi ini dan Puan Julita melanjutkan sesinya dengan soalan bagaimana mereka boleh memberikan yang terbaik dalam pelayanan ini.

“Kamu sudah berada di sini, bila kamu duduk di sini, jangan kamu berfikir untuk menyesal kerana berada di sini. Sentiasa ingat walau dimanapun kamu dihantar, pastikan kamu sentiasa bersinar dan sentiasa melayani serta fokus kepada Yesus.” - Puan Julita Kantod

Sememangnya rekoleksi ini amat diperlukan terutama sekali bagi mereka yang melayani. Tuhan Yesus semasa memanggil setiap umatnya untuk melayani tidak pernah menjanjikan 'langit itu sentiasa biru' namun disaat - saat kegembiraan dan kesusahan melayani, Dia tetap setia bersama sehingga ke 'akhir garisan'.


"Christ did not promise an easy life. Those who desire comforts have dialed the wrong number. Rather, he shows us the way to great things, the good, towards an authentic human life." 
Pope Benedict XVI

Puan Julita kemudiannya membawa semua tim dalam merenung perjalanan hidup Nabi Musa yang begitu mengena dengan kehidupan seorang yang dipanggil dan dipilih untuk melayani. Selepas merenung, tim dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk sesi perkongsian berdasarkan soalan - soalan berikut:

1. Apa yang kamu pelajari daripada nabi Musa?
2. Bahagian mana yang membuat kamu tersentuh?

3. Apakah tujuan saya dalam komisi ini?

Perkongsian dalam kumpulan

Perkongsian dalam kumpulan besar.

Bergambar kenangan bersama penyampai sesi
Rekoleksi tim KBK diakhiri dengan sesi saling meneguhkan antara sesama dan rekonsiliasi yang dikendalikan oleh Sr. Lilian Unsoh, fsic. Selesai sahaja sesi, setiap ahli tim KBK membawa hati yang 'baru' ke kemuncak rekoleksi dalam Misa Sunset di Gereja St Dominic dan bersyukur diatas berkat yang telah diterima.

Sesi peneguhan antara sesama dan rekonsiliasi
Pertemuan ini diteruskan dengan 'saat bergembira'. Satu kesempatan yang diambil untuk saling berkongsi, berhibur dan dihiburkan serta 'catching up' dengan ahli - ahli tim yang lain. Turut serta dalam 'saat bergembira' ini adalah tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) Lahad Datu.


Saat bergembira...

Mesyuarat Tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan

Masing - masing memberi tumpuan kepada video aktiviti - aktiviti semasa Temu Raya Orang Muda Katolik Ke - 2 Keuskupan Tanjung Selor, Indonesia.
Pertemuan ini diteruskan dengan mesyuarat KBK yang ke - 22 pada 10 September 2017 yang telah dimulakan dengan doa pagi pada jam 9.00 pagi. Antara agenda yang diketengahkan dan dibincangkan adalah Pelayanan Pelajar Kampus, Asian Youth Day (AYD) 6,  Temu Raya Orang Muda Katolik Ke -2 Keuskupan Tanjung Selor, Indonesia, laporan belia dari setiap paroki dan program-program KBK sepanjang tahun 2018. 

Highlight bagi mesyuarat ini adalah Synod on Youth. Sinod ini merupakan pertemuan para Uskup seluruh dunia yang akan diadakan pada Oktober 2018. Mereka akan merenung dan membincangkan lebih mendalam tentang hal - hal belia. Topik utama yang akan diketengahkan adalah ''Young People, the Faith and Vocational Discernment''. 

Maka bagi membantu perbincangan mereka ini, para belia diseluruh dunia dimohon untuk mengisi Synod on Youth Questionnaire. Bagi para belia di Malaysia, mereka boleh mengisinya melalui pautan berikut: talk2francisMY.archkl.org. 

Mesyuarat diakhiri pada jam 4.30pm dengan doa Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan. Sehingga bertemu lagi di Paroki Telupid pada bulan November 2017. Selamat melayani dan Tuhan memberkati!

Gambar kenangan bersama Tim Kerasulan Belia Paroki St. Dominic, Lahad Datu

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent