Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 13, 2017

PERAYAAN HARI PAROKI KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN KE 134 TAHUN - "JIWAKU MEMULIAKAN TUHAN"

Teks oleh Airene A. Gumanas
Gambar oleh Helda, Rogena dan Leonard


Sandakan – Perayaan Hari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan yang ke-134 tahun telah dirayakan pada Ahad, 13 Ogos 2017 dengan bertemakan “Jiwaku memuliakan Tuhan”. Kemuncak perayaan sebenar jatuh pada 15 Ogos 2017, Pesta Kenaikan Bonda Maria Diangkat ke Syurga. Bonda Maria merupakan santa penaung bagi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.
Dalam homili Bapa Uskup yang juga merupakan Paderi Paroki, mengingatkan para umat agar tidak memisahkan diri dari Allah Bapa kerana setiap umat beriman masing-masing mempunyai misi untuk memperkenalkan Yesus Kristus kepada dunia dalam apa jua situasi yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
“Kita harus belajar mengenali Yesus dalam badai kehidupan kita, fokus tetap terarah dengan Yesus, kerana hanya Yesus yang boleh berikan damai yang sempurna kepada kita. Walaupun ada gelora kehidupan, kita dapat berjalan bersama sebagai komuniti,” demikian kata Bapa Uskup.
Bapa Uskup juga mengajak umat untuk terus bersyukur di atas kesempatan merayakan Pesta Hari Paroki yang telah memasuki tahun yang ke 134 dan memperingati para pemimpin Gereja terdahulu yang telah memulakan Misi Penginjilan di Paroki Sandakan bermula pada tahun 1883 sehinggalah masa kini. Bapa Uskup juga mencabar para umat “Beranikah kita keluar bersama-sama? Menjangkau bersama-sama?” dan pengharapan kepada semua bahawa Yesuslah pemimpin kita; dalam keluarga, hidup sebagai satu komuniti dan peribadi masing-masing.
Pertandingan Melastik
Selesai pemberkatan terakhir Paderi Paroki mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua umat, individu mahupun kumpulan pelayanan di Paroki kerana berganding bahu dalam menjayakan perayaan kesyukuran pada tahun ini dan mengajak umat untuk merenungi kata-kata Bonda Maria apabila Bonda Maria berkata "jiwaku memuliakan Tuhan."
Penjualan T-shirt
Selesai Misa Kudus, Bapa Uskup, Paderi dan Para Religius serta umat yang lain mengunjungi lima pondok tradisi yang dibina semasa Pesta Kaamatan pada bulan Mei yang lalu. Para umat berpeluang melihat dan mengalami suasana di kampung dan menikmati makanan yang terdapat di setiap pondok secara percuma. Acara-acara lain juga diadakan seperti acara jualan Hari Paroki, sudut hiburan, gerai promosi termasuklah jualan buku-buku rohani dari Daughters of St. Paul, pertandingan melastik dan melukis, pertandingan menggubah bunga dari bahan kitar semula dan banyak lagi.
Jualan buku-buku rohani Daughter of St. Paul
Persembahan pelajar-pelajar Sekolah Seni
Pertandingan Gubahan Bunga
Pemberkatan terakhir dilaksanakan oleh Fr. Stanley William Matakim dan acara selesai lebih kurang 3:15 petang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent