Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 12, 2017

Walk For Jesus - Lahad Datu 2017

Artikel oleh: Farnandes Siprianus
Gambar oleh: Jaymar & Matius

St. Dominic Lahad Datu – Lebih seribu penyertaan umat dari semua denominasi gereja di sekitar Lahad Datu telah menyertai program “Walk For Jesus” pada 27 Ogos 2017. Tuan rumah pada anjuran kali ini ialah Paroki St. Dominic.
Program dimulakan seawal jam 3 petang di dewan terbuka St. Dominic dengan pendaftaran seterusnya nyanyian lagu-lagu pujian yang dipimpin oleh tim koir tuan rumah sendiri. Doa pembukaan telah dipimpin oleh Pastor Daniel (Pastor dari gereja Basel) disusuli dengan taklimat serta penerangan tentang keselamatan dan  laluan perjalanan oleh beliau. 
Didalam taklimatnya beliau menegaskan bahawa program ini adalah untuk berdoa bagi Kesejahteraan Negara Malaysia, para pemimpin Negara dan terutama sekali semua umat di kawasan ini. “Jangan main telefon bimbit atau pun 'selfie-selfie', kita mesti berdoa dalam perjalanan ini” demikianlah serba sedikit kata-kata Pastor Daniel.
Program ini mengambil jarak lebih kurang 5km. Perjalanan dimulakan di hadapan gereja St. Dominic tepat jam 4 petang dan berakhir di tempat yang sama lebih kurang jam 6 petang.
Terdapat 3 kategori di dalam perjalanan ini, kategori pertama dimulakan oleh para bapa serta para ibu dan seterusnya para belia. Semua kategori ini didahului oleh pembawa bendera Malaysia dan Sabah. Setelah semua peserta selamat tiba di gereja St. Dominic, program diteruskan dengan nyanyian lagu “Negaraku”  disusuli dengan lagu-lagu rohani.
Program berakhir dengan ucapan penutup dari Pastor Daniel dan doa penutup oleh Rev Fr. Simon Kontou. Acara selesai pada jam 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent