Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 27, 2017

WAIN TERAKHIR, WAIN TERBAIK (Yoh 2:10): SAMBUTAN HARI WARGA EMAS DAN IBU DAN BAPA TUNGGAL.

By : Sr M.Lilian Unsoh

SANDAKAN :  Seramai lebih kurang seratus warga emas bersama Ibu dan Bapa tunggal telah mengikuti sambutan Hari Warga Emas dan juga Hari Ibu dan Bapa Tunggal yang telah diadakan di Katedral Santa Maria pada 12 Feb 2017. Sambutan ini adalah anjuran bersama Komiti Keluarga Paroki dan komiti Warga Emas, Ibu dan Bapa Tunggal Paroki.
Sambutan Hari Warga Emas, Ibu dan Bapa Tunggal yang pertama kali diadakan  ini dimulakan dengan Misa Kudus pada jam 09.15 pagi oleh Bapa Uskup Diosis Sandakan Bishop Julius Dusin Gitom.  “Hari ini kita meraikan hari warga emas, Ibu dan Bapa Tunggal kerana jasa mereka terutama sekali telah mewartakan iman kepada kita”, demikianlah homili Bapa Uskup.
Selepas Misa Kudus,  majlis makan bersama telah diadakan di dewan Katedral. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi penganjur sambutan ini, iaitu Pn. Eva Siruno.  Diantara yang dinyatakan dalam ucapan beliau adalah objektif  sambutan iaitu ayat yang dipetik dari Imamat 19:32, Amsal 20:29, Mazmur 71: 18. Beliau juga memberi dorongan kepada ibu dan bapa tunggal dengan menyatakan  kebesaran Kasih Tuhan kepada mereka yang digambarkan oleh beliau melalui Ibu tunggal yang pertama dalam alkitab iaitu Hagar (Kejadian 21:14-21).
Yang Mulia Bapa Uskup juga telah menyampaikan ucapan beliau dan menyatakan rasa syukur beliau atas sambutan tersebut  yang pertama kali diadakan dan menyeru agar sambutan itu diteruskan pada masa-masa akan datang. Melalui perkongsian peribadi beliau telah membawa inspirasi dan galakan kepada semua.
Berbagai acara menarik  telah dijalankan untuk memeriahkan lagi majlis itu dan memberi peluang kepada Warga Emas, Ibu dan Bapa Tunggal untuk berinteraksi di antara satu sama yang lain.  Diantaranya adalah pertandingan  'Yang Paling',  'Statue dance', dan beberapa lagi yang lain.
Selain daripada acara-acara permainan dan pertandingan, anugerah juga diberikan kepada mereka yang berpakaian kemas dan cantik  bagi wanita, dan segak bagi lelaki. Beberapa diantara Warga Emas juga diberi kesempatan untuk menyumbangkan lagu-lagu karaoke bagi memeriahkan lagi majlis itu. Sambutan Hari Jadi juga diraikan bagi mereka yang lahir pada bulan itu.
Setiap acara diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi mereka yang bertuah dan memenangi beberapa pertandingan yang telah dijalankan.
Majlis sambutan ini diakhiri dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada pengerusi penganjur  dan  akhir sekali doa penutup yang dipimpin oleh Sr.M. Lilian.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent