Dilaporkan oleh Romeo
Francis
Sandakan: Keuskupan Sandakan telah pun
menetapkan Rabu kedua setiap bulan sebagai Hari Komuniti Kristian Dasar (KKD).
Pada hari tersebut ditiadakan aktiviti di gereja untuk memberi laluan kepada
semua KKD melaksanakan program mereka. Lazimnya KKD akan dilawati oleh paderi
dan religius.
Pada 8hb Februari 2017, KKD St Teresa Of
Calcutta, Indah Jaya telah mengadakan program pengenalan tentang Visi dan Misi Keuskupan Sandakan di kalangan ahli-ahli
KKD tersebut. Visi dan Misi Keuskupan akan dilancarkan pada bulan Oktober ini
sempena dengan Perayaan UlangTahun Keuskupan yang Kesepuluh. Pertemuan kali ini
telah dihadiri oleh Rev. Fr Stanley William Matakim.
Program ini memberi peluang kepada para
ahli memahami serta memiliki bersama Visi dan Misi Keuskupan. Sesi ini juga
membuka ruang kepada ahli untuk mengolah langkah pastoralnya di peringkat KKD
bagi mencapai Visi dan Misi Keuskupan.
Fr. Stanley menerangkan Visi dan Misi
Keuskupan secara terperinci. Saudara Leonnie memudahcarakan perbincangan cara
KKD dapat memainkan peranan untuk membantu mencapai Visi dan Misi Keuskupan.
Saudara Francis Tan menerangkan pendekatan Visi dan Misi Keuskupan
Perbincangan selama sejam telah
menghasilkan pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan di peringkat KKD untuk
merealisasikan Visi dan Misi Keuskupan.
Di akhir pertemuan, sedikit hidangan telah
disediakan dan setiap pertemuan KKD, ahli yang lahir pada bulan tersebut akan
diraikan.
No comments:
Post a Comment