Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 11, 2017

MINI YOUTH LEADER'S CAMP (YLC) 2017 MENJELAJAH KEUSKUPAN SANDAKAN

Keuskupan Sandakan - Youth Leader's Camp atau lebih dikenali sebagai YLC merupakan program tahunan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan khusus buat pemimpin - pemimpin belia di setiap paroki dan Misi Paitan. 

Mini YLC ini selalunya diadakan sebelum program Youth Leader's Camp diadakan bagi memberikan pengenalan kepada program tersebut. Dalam mini YLC ini, sesi pra -YLC diberikan agar mereka yang akan menghadiri (actual) program YLC pada 8 sehingga 12 Mac 2017 ini akan lebih mendalami perjalanan program YLC dan sekaligus dan mencapai objektifnya. 

Mini YLC telah telah diadakan Holy Trinity, Tawau pada 3 Februari 2017 dan kemudiannya di St. Dominic, Lahad Datu pada 4 Februari 2017. 


Time of Life
Bagi di Tawau, program dimulakan dengan Time of Life (Sing along) dan Icebreaking yang dikendalikan sendiri oleh belia mereka. Manakala di Lahad Datu, Tim Penganjur YLC ke -5 telah mengendalikan bahagian pembukaan. Program diteruskan dengan perkongsian mengenai sejarah YLC dan diikuti dengan sinopsis YLC yang ke 5. Oleh kerana sebahagian daripada pembentukan YLC ini diinsiprasikan oleh wayang animasi "MOANA", maka wayang ini telah dipertontonkan kepada semua yang hadir. Ini adalah supaya setiap peserta dapat sekurang - kurangnya  melihat apakah intipati YLC ke - 5 ini. 


"MOANA" satu wayang animasi yang telah menjadi sebahagian daripada inspirasi kepada YLC yang ke -5

Sejurus selepas menonton "MOANA", pre - expectation check telah diadakan untuk mendengar apakah ekpektasi para belia menuju YLC - 5 nanti. Dalam Perkongsian, mereka diajak untuk mengongsikan perasaan mereka menonton "MOANA", cabaran dan halangan mereka untuk YLC -5 serta harapan mereka. Selesai berkongsi secara berpasangan, dua belia telah diajak untuk mengongsikan pengalaman mereka di kumpulan yang besar. Program diakhiri dengan menyanyikan lagu "Ini aku, utuslah aku Tuhan" diikuti dengan doa penutup serta gambar bersama.


Perkongsian dari belia - belia Holy Trinity, Tawau dan St. Dominic Lahad Datu

Tim Penganjur bagi YLC yang ke-5 ini berharap agar belia - belia yang akan hadir dapat memanfaatkan mini YLC ini dan dapat mengikuti YLC yang ke 5 di Dewan Konferensi dan Penyembahan Keuskupan Sandakan nanti.


Bersama PYA St Dominic, Lahad Datu

Bersama PYA Holy Trinity, Tawau

Mini YLC seterusnya akan diadakan di Paitan pada 11 Februari 2017 dan diikuti dengan Paroki Our Lady of Fatima, Beluran pada 12 Februari 2017.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent