Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 7, 2017

YOUTH CAMP yang pertama, Chapel Holy Family Sapi Plantations, Zon Jalan Nangoh, Telupid 2016

Laporan dan gambar oleh: Sam Edisius

Telupid: Chapel Holy Family Sapi Plantations Zon Jalan Nangoh yang bernaung di bawah Paroki St. Martin Telupid telah berjaya mengadakan program Youth Camp buat julung kalinya. Program yang bertemakan “Melihatlah, Imanmu Telah Menyelamatkan Engkau” Lukas 18:42 ini telah dijalankan pada 10-12 haribulan Disember 2016 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 115 orang peserta yang terdiri daripada 89 orang peserta dan 26 orang AJK penganjur telah menjayakan program ini.

Duduk di hadapan dari kiri: Pengerusi KUK En. Peter, Penyelaras Zon Jalan Nangoh En Hasim Awang, Rev Fr. Jassery G. Emmanuel, En. Arisin, dan Pengerusi Penganjur En. Freed Mejeh 
            Antara objektif pelaksanaan program ini adalah meningkatkan kualiti pelayanan dan iman Katolik dalam diri belia pada masa kini selain daripada mengeratkan hubungan di kalangan belia daripada 7 buah chapel yang terdapat di dalam Zon Jalan Nangoh. Pengerusi penganjur, Encik Freed Mejeh melahirkan rasa terharu dan berpuas hati terhadap pelaksanaan program pada kali ini. Tambah beliau lagi, tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, program ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar.

Rektor Paroki Telupid Rev. Fr. Jassery G. Emmanuel menerima cenderahati daripada Pengerusi Penganjur 
En. Freed Mejeh.
        Pengerusi KUK En. Peter yang juga merupakan pengurus ladang Sapi Plantations, turut berbangga dengan penganjuran ini kerana telah berjaya di dalam pelaksanaannya disamping mencipta 3 catatan sejarah baharu di sepanjang penganjuran program ini. Antaranya ialah pertama, penganjuran program Youth Camp ini adalah pertama kali dianjurkan di chapel Holy Family Sapi. Kedua, program ini pertama kali diadakan di kawasan Zon Jalan Nangoh. Ketiga, pembinaan rantai rosari terbesar dan terpanjang. Menurut beliau, rantai rosari yang sepanjang 100 kaki ini merupakan monumen peringatan akan pelaksanaan program Youth Camp yang pertama kali dan lebih manis lagi rantai rosari ini dihasilkan oleh para peserta yang mengikuti program ini selain daripada menjadi rantai rosari terbesar dan terpanjang yang dibina di dalam Diosis Sandakan. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya di dalam penganjuran Youth Camp akan datang di mana program ini akan dianjurkan oleh Chapel St. Peter Pamol.

Gambar Rantai Rosari Terbesar dan Terpanjang (100 kaki) di Diosis Sandakan.
            Rektor Paroki St. Martin Telupid Rev. Fr. Jassery G. Emmanuel turut memuji usaha keras dan gigih pihak penganjur yang turut disokong oleh Penyelaras Zon Jalan Nangoh En. Hasim Awang. Menurut beliau, segala usaha ini merupakan terjemahan cinta kasih Yesus terhadap umatnya. Dengan ikatan cinta kasih Yesus Kristus di dalam sesuatu komuniti, setiap perkara yang dirancang pasti akan mencapai kejayaan. Beiau turut mengingatkan kepada semua agar terus teguh di dalam iman Katolik dan menekankan agar komitmen dan kerjasama umat khususnya di dalam Zon Jalan Nangoh terus kukuh dan ditunjangi dengan cinta kasih Yesus Kristus.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent