Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 9, 2017

SESI KOMUNIKASI BERSAMA SR. MARIA DIPAL,rgs MEMPERTEGUHKAN PERANAN SEBAGAI TIM PENGANJUR YLC 5

Sandakan – Pada tanggal 6 Februari yang lalu, tim penganjur Youth Leader’s Camp 5 (YLC 5) telah menghadiri satu sesi komunikasi bersama Sr. Maria Dipal, rgs. Ini merupakan kesinambungan sesi Komunikasi yang telah dijalankan pada 17 Januari 2017. 

Imbasan Sesi Komunikasi yang dijalankan pada 17 Januari 2017

Sesi dimulakan dengan doa pembukaan dan sedikit imbas kembali mengenai sesi komunikasi yang lalu. Ada antara tim yang tidak hadir pada sesi pertama. Oleh itu, Sr. Maria memohon bantuan tim lain untuk mengongsikan sedikit sebanyak pengalaman mereka dalam sesi lalu kepada rakan yang baru menghadiri sesi ini. Dalam sesi perkongsian ini, ahli - ahli tim saling bantu membantu agar pengalaman sesi komunikasi lalu dapat disampaikan dengan jelas dan baik.

Itulah fungsi tim, membantu dan memastikan semua maklumat disampaikan dan mengingatkan antara satu dengan lain agar semua tim mendapat maklumat yang sama dan tidak ada yang ketinggalan.

Kemudian, Sr. Maria menjelaskan bahawa dalam satu organisasi terdapat bahagian - bahagian tertentu yang mempunyai peranan dan fungsi masing - masing. Sama seperti tim penganjur YLC 5. Namun penting bagi semua bahagian ini mengetahui peranan dan fungsi masing - masing agar apabila peserta bertanya tentang hal - hal tertentu semasa program dijalankan, semua tim dapat membantu mereka. 


Selain itu, Sr. Maria juga menyentuh tentang “spiritual leadership” di mana Yesus dijadikan “role model”. Yesus merupakan pemimpin yang terbaik. Sifat Yesus yang paling ditekankan adalah kesedaran diri (Self - awareness). Sebagai pemimpin kita harus mempunyai kesedaran diri agar kita mempunyai komitmen dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kita perlu belajar menjadi seperti Yesus, mengikuti Dia dan mencintai sepertiNya. Pemimpin bersifat hamba (Servant Leader) bermaksud kita datang untuk melayani bukan untuk dilayani. Namun perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Melayani bukan bermaksud disuruh-suruh, tetapi melayani adalah saling ambil peduli, mencintai dan cuba untuk memahami keadaan seseorang.

Jadikan Yesus sebagai "role model"

Sr. Maria juga menerangkan 5 sifat - sifat komunikasi “placating, blaming, super-reasonable, irrelevant dan congruent.” 


  1. Placating bermaksud selalu ingin menyenangkan hati orang tanpa peduli tentang diri sendiri. 
  2. Blaming pula bermaksud selalu ingin menyalahkan orang lain. 
  3. Super-reasonable bermaksud tidak mementingkan diri dan orang lain tetapi sentiasa melihat kepada keseluruhan keadaan. 
  4. Irrelevant bermaksud tidak ambil peduli tentang perasaan orang lain dan perasaan sendiri serta tidak melihat keadaan sekeliling. 
  5. Congruent/leveling pula adalah seseorang yang melihat kepada diri, orang lain dan situasi, semua aspek diambil kira. 


Kemudian sr. Maria membawa penganjur untuk merenung semula diri sendiri dan melihat sifat manakah yang mereka miliki.

Sr. Maria membawa tim penagnjur untuk merenung sifat - sifat yang ada pada diri mereka

Sifat - sifat yang dijelaskan oleh Sr. Maria

Sesi diakhiri dengan 7 cara atau panduan untuk berkomunikasi dengan baik berdasarkan “Ramuan untuk berinteraksi" seperti berikut:

  1. Dengar dengan teliti dan respon dengan fikiran atau hati terbuka.
  2. Maklumkan keinginan dan maksud untuk memulakan bicara/perbincangan/perbualan.
  3. Terangkan (express) diri anda dengan jelas.
  4. Tukarkan kritikan/komplin anda atau orang lain kepada bentuk “permintaan” dan jelaskan.
  5. Gunakan lebih banyak “pertanyaan/soalan terbuka” daripada “soalan/pertanyaan tertutup”.
  6. Ungkapkan kata-kata penghargaan, galakkan dan pujian.
  7. Jadikan komunikasi berkesan ini sebahagian daripada hidup harian keluarga anda.
Sesi berakhir kira-kira jam 10.30 malam diikuti dengan doa penutup. Sesi ini sungguh - sungguh memberi manfaat dalam meneguhkan lagi tim penganjur sebagai pemimpin belia.


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent