Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 16, 2017

MINI YOUTH LEADER'S CAMP KINI BERADA DI PAITAN DAN BELURAN

Keuskupan Sandakan – Mini YLC diteruskan lagi. Kali ini mini YLC diadakan di St. Francis Asisi, Kg Sukang, Paitan dan Paroki Our Lady Of Fatima, Beluran pada 12 Februari yang lalu.

Mini YLC ini dijalankan terlebih dahulu di Paitan selepas Ibadah Sabda, selesai sahaja program pada jam 4.30 petang, tim penganjur dengan semangat meneruskan semangat YLC ke Beluran pada hari yang sama yang pada jam 7.30 malam.

Sama seperti mini YLC di Tawau dan Lahad Datu, program mini YLC ini bertujuan untuk memberi pengenalan mengenai program Youth Leader’s Camp (YLC). Selain itu, sesi pra –YLC juga diberikan agar mereka yang akan hadir ke program YLC 5 ini akan lebih mendalami perjalanan program YLC dan sekaligus dapat mencapai objektifnya.

Seperti yang dijadual dalam program, Time of Life merupakan perkara pertama dilakukan kemudian diikuti dengan doa pembukaan dan pengenalan diri daripada Tim penganjur YLC 5. Sesi dimulakan dengan pengenalan dan sejarah YLC. Ringkasan sejarah YLC, program YLC ini wujud hasil daripada kutipan suara-suara pemimpin belia (Kerasulan Belia Paroki) semasa YLC Club yang diadakan di setiap paroki di Keuskupan Sandakan. Program ini khas untuk pemimpin belia kerana pemimpin belia merupakan “jambatan” yang menjadi penghubung antara Yesus dengan belia lain. 

Time Of Life. Gambar di seblah kiri adalah Paitan dan sebelah kanan Beluran
Selain itu, pihak penganjur juga mengambil peluang ini untuk mencari peserta dengan bersungguh-sungguh mempromosikan YLC 5 dan memberikan sedikit bayangan apa yang akan berlaku di YLC 5 nanti. Dalam masa yang sama, semua maklumat berkenaan YLC 5 disalurkan kepada para belia.


YLC kali ini diinspirasikan dari wayang animasi “MOANA”. Oleh sebab itu, setiap kali mini YLC diadakan, tidak kira di mana, wayang ini akan dipertontonkan kepada semua yang hadir. Kenapa wayang animasi “MOANA”? Kerana wayang animasi ini banyak menyentuh tentang mengenali diri dan kepimpinan. Mengenai panggilan “adakah saya berani keluar dari zon selamat saya? Walaupun saya tidak tahu apa yang ada di luar. Walaupun saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Adakah saya berani untuk melayani?”. Berikut merupakan sedikit inspirasi daripada wayang animasi “MOANA”.

MOANA - Wayang animasi yang menyentuh pasal menegnali diri dan kepimpinan
Selepas sahaja tayangan “MOANA” selesai, sesi diteruskan dengan pre – expectation check. Tujuannya adalah untuk mendengar apakah jangkaan belia menuju YLC 5. Dalam sesi ini, para belia diajak untuk merenung 3 soalan.
  1. Apakah perasaan para belia setelah melihat wayang “MOANA”?
  2. Apakah jangkaan mereka untuk YLC kali ini setelah melihat wayang “MOANA” dan mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai YLC 5?
  3. Apakah cabaran mereka untuk datang ke YLC 5?
Setelah selesai merenung, para belia diberi masa untuk berkongsi secara berpasangan mengenai 3 soalan tersebut. Kemudian dua orang belia dijemput untuk memberikan perkongsian mereka di kumpulan besar. Program diakhiri dengan doa penutup dan sesi bergambar.

Perkongsian daripada belia di Paitan

Perkongsian dalam kumpulan di Beluran

Bergambar bersama - sama dengan belia - belia di Paitan

Gambar bersama - sama dengan belia belia di Beluran
Mini YLC seterusnya akan diadakan di St. Martin, Telupid pada 18 Februari 2017.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent