Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 6, 2016

PEMBIMBING IKD MENERUSKAN PERJALANAN BERSAMA DENGAN BAPTISAN BARU

ARTIKEL DAN GAMBAR OLEH DOMINGGUS
LAHAD DATU – 15 daripada 28 baptisan baru 2015-2016, berkelah di Taliwas bersama para pembimbing untuk meluangkan masa bersama sebelum baptisan baru selesai melalui fasal mistagogi dalam proses Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) pada 2hb Mei 2016. Anjuran perkelahan ini adalah kerjasama baptisan baru dan  para pembimbing. Masa inilah baptisan baru akan didampingi demi untuk memantapkan lagi iman mereka.
Pada 8:00 pagi semua yang berpartisipasi dalam acara ini telah berkumpul di dataran gereja dan bertolak tepat 9:00 pagi. Perjalanan ke Taman Rekreasi Taliwas mengambil masa hampir sejam. Mereka tiba ke destinasi tersebut kira-kira pukul 10:00 pagi. Acara dimulakan dengan doa dipimpin Sister Sylvia Imbun fsic dan disusuli dengan permainan. Antara acara permainan ialah ‘Shake your body, Pass the rubber, Caterpillar race, Copycat dan akhir sekali Flying UFO’ dimainkan dalam tiga kumpulan. Penglibatan beberapa ahli keluarga serta kawan-kawan baptisan baru ini turut memeriahkan lagi acara ini.
Selepas tamat acara permainan sekitar pukul 12:00 tengahari, semua berehat untuk makan tengah hari dan doa makan dipimpin oleh Seminarian Walter Milter. Para peserta berpeluang mandi di sungai yang jernih sebaik sahaja lepas makan tengah hari. Acara terakhir, sebelum bertolak pulang adalah perkongsian dari beberapa orang baptisan baru. Mereka berkongsikan tentang hidup mereka sebelum mengenal Yesus, proses dibawa mendekati Yesus dan setelah mengenal Yesus.
Wakil para pembimbing berkata, ‘Kuatkanlah iman kamu, sebab kini, kita berasa semakin berat memikul salib Yesus dan bukannya semakin ringan. Jadi janganlah kamu sesekali biarkan iman kamu menjadi pudar. Ikutlah pelayanan dalam gereja selepas kamu menyertai KKD di kawasan masing-masing agar iman kamu terus berakar dan bertumbuh.’ Demikianlah harapan para pembimbing yang ingin melihat para baptisan baru ini terus bertumbuh dalam iman.
    
‘Saya harap para baptisan baru dapat melayani demi untuk Yesus terutama dalam komiti-komiti yang akan anda pilih menyertai. Jangan memberi alasan bahawa anda tidak layak sebab kita semua ini masih belajar dalam iman Katolik kita ini. Kita tidak akan berani mahu melayani hanya kerana kita takut dan malu. Kita mesti berani terutama dalam keadaan kita sekarang. Sertailah dalam pelayanan supaya kita diteguhkan dalam iman. Saya juga ucapkan tahniah kepada baptisan baru dan semoga anda terus melayani dalam pelayanan yang memerlukan tenaga anda’. Itulah kata-kata dari Sister Sylvia Imbun fsic kepada para baptisan baru.
Acara perkelahan bersama para baptisan ini berakhir dengan pengumuman pemenang bagi acara permainan pagi tadi. Sister Sylvia Imbun fsic membimbing dalam Doa Penutup dan disusuli dengan sesi gambar bersama. Acara berakhir kira-kira pukul 6:00 petang. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent