Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 20, 2016

Misa Kudus Khas Hari Polis Ke-209

Artikel oleh Farnandes 
Gambar oleh Arnoldus

Lahad Datu :  Sambutan Hari  Polis yang ke-209 bertemakan, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,' dirayakan pada 25hb Mac. Misa Kesyukuran Hari Polis telah diadakan di Katedral St Mary, Sandakan dan Gereja Holy Trinity, Tawau pada 17hb April.     
Misa Kudus Khas Hari Polis yang Ke-209 di Lahad Datu telah diselebrankan oleh Rev. Father Simon Kontou, rektor Gereja St Dominic pada Khamis 12hb Mei 2016. Misa yang bermula pada 10.00 pagi telah dihadiri lebih kurang 50 anggota polis bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.
Misa Kesyukuran ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di kalangan umat dan para anggota polis di Lahad Datu. Misa ini memberi kesempatan kepada anggota polis memohon berkat dari Tuhan untuk dilindungi waktu menjalani tugas harian mereka serta memohon bagi keselamatan dan keamanan negara dikekalkan.
Dalam homilinya, Rev Father Simon ingatkan anggota polis agar sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Gereja, walau apa pun cabaran yang dihadapi. Beliau berkata, “Kesatuan kita dengan Kristus itu sangat penting. Walau di mana anda berada, di mana anda bertugas, anda harus menghidupi iman sebagai murid Yesus.”


Pada akhir homilinya, Fr Simon mengucapkan, “Selamat menyambut Hari Polis yang Ke-209. Semoga Tuhan selalu melindungi kamu semasa melaksanakan tugas kamu yang mulia ini setiap hari serta keluarga kamu. 
Selesai sahaja Misa Kudus, acara disambung dengan jamuan makan dan kesyukuran di Dewan Terbuka St. Dominic. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent