Artikel dan gambar oleh Bellyok
Paitan : St. Yohanes Pembaptis, Kg. Penubukan, Tangkarason merupakan sebuah chapel kecil yang berjarak 60km dari Pusat Misi Paitan di St. Francis Assisi Kg. Sukang, Sugut. Chapel ini berada dalam daerah kecil Paitan.
Kampung ini terletak berhampiran pantai Laut Suludan sejauh 15km dari jalan raya Pitas – Nangoh. Jalan raya menuju ke kampung ini adalah melalui jalan Estet Sawit Miridian.

Chapel St Yohanes Pembaptis, Kg Penubukan
Rumah Rehat Paderi
Terdapat 30 buah rumah di perkampungan ini dengan sejumlah penduduk seramai 189 orang. 90% daripada penduduk sini adalah beragama Katolik terdiri dari
suku kaum KadazanDusun. Mereka berasal dari daerah Tambunan, Tuaran dan Kota Marudu yang
telah menetap di kampung ini sejak 30 tahun yang lalu.
Penduduk di sini hidup bercucuk tanam padi pada awal kedatangan mereka. Namun, kini mereka sudah mempunyai kebun buah-buahan, getah dan sawit sendiri sebagai sumber pendapatan.
Penduduk di sini hidup bercucuk tanam padi pada awal kedatangan mereka. Namun, kini mereka sudah mempunyai kebun buah-buahan, getah dan sawit sendiri sebagai sumber pendapatan.
Terdapat beberapa kemudahan awam yang disediakan tidak jauh dari kampung ini, seperti Sekolah Kebangsaan
Tangkarason dan Klinik Tangkarason. Kemudahan asas seperti bekalan elektrik, paip
air dan telefon masih belum lagi disediakan di kawasan ini.
Masalah
utama penduduk kampung di sini adalah sumber air. Mereka bergantung sepenuhnya pada
air hujan selama ini. Kebanyakan Jabatan Kerajaan belum pernah meninjau ke kawasan tersebut. Segala
urusan berkenaan terpaksa ke pekan Pitas sejauh 69km.
Komuniti
Katolik di sini pertama kalinya dilawati oleh Rev. Fr. Jalius Sading pada
23hb Mei 1997 dari Paroki St. Theresa, Kota Marudu. Kunjungan pastoral ini di susuli oleh Rev. Fr. Edward
Raymond dan Rev. Fr. Frederick Raymond. Komuniti di sini dikunjungi pada musim-musim Adven, Paskah dan semasa Perayaan Santo Penaung setiap 26hb Jun.
Memandangkan
Kg. Penubukan, Tangkarason berada dalam kawasan Misi Paitan, naungan Keuskupan
Sandakan, Rev. Fr. Thomas Makajil dari Pusat Misi Paitan telah berjanji untuk mengunjungi
komuniti ini dengan lebih kerap lagi.
Katekis Sukarelawan Sdra John David
Ginson Bin Ubub merupakan pemimpin
penduduk yang telah menerokai tempat baru ini sejak tahun 80’an lagi.
Beliau
dilahirkan pada 1954 di Kg. Kamawanan Tambunan. Pada usia 5 tahun, beliau telah mengikuti
keluarganya berpindah ke Telipok dan menetap di situ selama 21 tahun.
Beliau berpindah
ke Kota Marudu dan tinggal di sana selama 19 tahun. Beliau dilantik menjadi katekis
untuk memimpin Ibadat Sabda sehingga bangunan gereja dibina.
Sdri Suzie |
Seterusnya beliau berpindah ke Kg. Penubukan Tangkarason pada tahun 1989. Beliau memimpin Ibadat Sabda menggunakan rumah kediamannya sendiri sebagai basis selama 3 tahun dan seterusnya pada tahun 1993, Komuniti Umat Katolik berjaya membina sebuah Chapel kecil dari nipah yang beratapkan zink.
Hari ini Sdra John, dibantu oleh Sdri Patricia Binson dan Sdri Suzie Paulus sebagai pembantu katekis sukarela untuk memimpin Ibadat Sabda dan upacara pemberkatan-pemberkatan dalam komuniti. Harapan beliau adalah agar dapat membina sebuah chapel yang besar dan luas untuk menampung kehadiran umat yang semakin bertambah ramai.
No comments:
Post a Comment